View: 1377|Reply: 5
|
Pengotor ke macam mana? wanita ini tekad tidak akan membeli pakaian baru lagi
[Copy link]
|
|
Pengotor ke macam mana? Pakai pakaian yang sama selama 100 hari, wanita ini tekad tidak akan membeli pakaian baru lagi
Kebanyakkan wanita akan menghabiskan beratus-ratus ringgit untuk membeli pakaian baru setiap bulan. Apa tidaknya, budaya ootd adalah salah satu tarikan di media sosial di mana masing-masing ingin beraksi seperti model dengan gaya tersendiri.
Namun lain pula bagi seorang wanita ini yang memutuskan untuk memakai pakaian yang sama selama 100 hari dalam satu cabaran tanpa fesyen yang disertainya.
Sarah Robbins-Cole telah memakai sehelai dress Rowena berwarna hitam miliknya yang sama selama 100 hari berturut-turut dan cabaran itu membuatkan dia tekad untuk tidak membeli baju baru lagi.
Dia memakai pakaian itu untuk kerja, ketika keluar bersiar-siar, apabila bersantai di ruang tamu malah pada hari Krismas juga.
Wanita berusia 52 itu memutuskan untuk menyertai cabaran tersebut dalam usaha untuk menyelamatkan planet.
Dalam cabaran itu, peserta dibenarkan membasuh dan mengeringkan pakaian ketika waktu tidur, tetapi dalam waktu mereka berjaga, mereka perlu memakai pakaian yang dipilih untuk dipakai selama 100 hari.
Sesiapa yang dapat menghabiskan cabaran tersebut memenangi baucar bernilai $100, untuk membeli pakaian baru.
Menyertai cabaran berkenaan membuat Sarah sedar bahawa memakai pakaian yang sama setiap hari tidak mengambil apa-apa dari hidupnya.
Selain itu ia juga mengubah cara dia berbelanja dan tentu sekali mengurangkan pakaian yang perlu dicuci.
SUMBER
MIRROR UK
INSTAGRAM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kan ada tulis blh cuci & keringkan baju tu waktu dia tidur.... Okay la tu, bukan langsung tak cuci..
Takde la pengotor pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
eh kan dh ada benang ni
abam piao ketinggalan ketapi ke |
|
|
|
|
|
|
|
helicornia replied at 9-3-2021 07:25 PM
eh kan dh ada benang ni
abam piao ketinggalan ketapi ke
Kann..patutlah mcm prnah baca cerita yg sama |
|
|
|
|
|
|
|
boleh basuh xde lah pengotor... |
|
|
|
|
|
|
| |
|