View: 2816|Reply: 3
|
Pusat Beli Belah Di Thailand Guna Cara Unik Untuk Tekan Butang Lif
[Copy link]
|
|
Pusat Beli Belah Di Thailand Guna Cara Unik Untuk Tekan Butang Lif
Setelah beberapa bulan menjalani kehidupan dengan begitu berhati-hati dalam aspek kebersihan, pasti ramai di antara kita yang menjadi fobia atau telah terbiasa mengelak diri dari menekan butang lif menggunakan jari.
Apa tidaknya, lif elevator adalah antara tempat yang paling banyak kuman, sehingga banyak bangunan terpaksa menyediakan cecair pembasmi kuman untuk pengguna lif sejak penularan Covid-19.
Namun begitu, dengan laporan-laporan berkenaan individu tidak bertanggungjawab sengaja meludah dan mengotorkan lif, tiada siapa yang berani mengambil risiko untuk menekan butang lif menggunakan tangan.
Sebaliknya mereka sanggup menggunakan kunci, siku mahupun kasut untuk mencapai dan menekan butang agar dapat mengelak bersentuhan dengan dinding lif.
Sebuah pusat membeli belah walau bagaimanapun mengambil keputuusan untuk memberikan penyelesaian yang praktikal untuk masalah ini.
The Seacon Square Mall yang terletak di Bangkok menggantikan butang lif dengan pedal kaki bagi memudahkan pengguna memilih tingkat tanpa perlu menyentuh lif.
Mereka meletakkan pedal kaki itu di bahagian dalam lif bersama penanda fungsi pedal yang dilekatkan pada permukaan dinding lif.
Kaedah tersebut dianggap salah satu kaedah terbaik untuk mengelakkan pengguna menyentuh permukaan lif, walaupun mungkin ada yang tidak selesa menekan butang seperti itu.
Seorang pelanggan yang datang ke Seacon Square Mall walau bagaimanapun menghargai usaha pusat beli belah itu dan mengakui berasa lebih selamat menaiki lif dengan kemudahan berkenaan.
SUMBER : NOW THIS
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Amat sesuai digunakan semasa masih dalam wabak covid19 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cantik88 at 17-3-2021 04:11 PM
Menarik boleh diaplikasikan |
|
|
|
|
|
|
|
Bende mcm ni mmg sgt sesuai time ni... seriously good innovation tp tulah klu nk tukar semua is costly |
|
|
|
|
|
|
| |
|