CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1180|Reply: 3

Ada Duit Dalam Sampah

[Copy link]
Post time 19-3-2021 02:06 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Firdaus (kanan) menjana pendapatan sampingan


Harian Metro

Mahaizura Abd Malik
[email protected]

Kuala Lumpur: "Usah pandang sebelah mata dengan duit hasil mengasingkan sampah itulah saya gunakan untuk lepas 'sesak' perbelanjaan rumah termasuk membeli susu dan lampin pakai buang anak setiap bulan," kata Mohd Firdaus Md Noor, 38.

Mohd Firdaus meraih pendapatan sampingan lebih RM250 sebulan hasil amalan mengasingkan sampah di rumahnya sejak 2019.

Peniaga burger dari Georgetown, Pulau Pinang itu berkata, wang berkenaan dapat menambah pendapatannya yang kadangkala tidak menentu.

"Walaupun nilainya tidak seberapa, ia amat membantu dan besar maknanya bagi golongan berpendapatan rendah dan tidak menentu seperti kami ini," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dia menyertai Program Pengasingan Sisa Pepejal di Punca (SAS) untuk dijadikan barangan kitar semula selepas tertarik dengan pendekatan digunakan.

"Dulu pernah terfikir juga benda ini memang boleh buat duit, tetapi saya hanya bermula sejak 2019 selepas mendapat sokongan daripada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang serius menggalakkan masyarakat menyertai program ini.

"Bagi saya program ini bagus walaupun dalam rumah saja kita boleh jana pendapatan sampingan dan paling penting ia memupuk amalan menjaga kebersihan dalam kalangan penduduk.

"Misalnya keadaan tempat tinggal saya dulu kotor dan tidak terurus dengan sampah, kini semakin bersih dan tersusun apabila ramai penduduk mula ada kesedaran kepentingan mengasingkan SAS di rumah masing-masing," katanya.

Mohd Firdaus berkata, setiap dua minggu sekali dia akan menghantar barangan yang dikumpul untuk ditimbang sebelum ditukarkan dengan wang tunai.

"Kita tidak rugi apapun daripada dibiarkan semak dalam rumah lebih baik asingkan plastik, kotak, aluminium, besi dan barangan elektrik atau elektronik yang tidak digunakan lagi itu.

"Selalunya dua minggu sekali saya akan hantar timbang kepada SWCorp dan anggaran sebulan pendapatan saya peroleh hasil kutipan mengasingkan SAS lebih RM250," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2021 06:09 PM | Show all posts
Bagi golongan sesak kewangan usaha macam inilah bantu mereka untuk survive setiap hari
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 06:54 PM | Show all posts
Yg penting halal....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus jugak disamping boleh jaga alam sekitar. Tak semua orang rajin buat pengasingan sampah ni, kadang tu kalau nak jual pun kena kumpul banyak2, jadi satu hal jugak nak kumpul dulu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.036034 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list