CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 915|Reply: 0

Tasik Cinta Dubai Tarikan Terbaharu

[Copy link]
Post time 19-3-2021 02:09 PM | Show all posts |Read mode

Permandangan indah Tasik Cinta Dubai.


Harian Metro

Dubai: Dua tasik berbentuk hati yang terletak di tengah padang pasir menjadi salah satu tarikan bagi pasangan yang mengunjungi Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Tasik Cinta Dubai itu sebenarnya tasik buatan manusia. Ia terletak berhampiran oasis Al Qudra, lapor Odditty Central.

Berukuran 550,000 meter persegi, pemandangan bentuk tasik itu di tengah padang pasir itu, jelas apabila dilihat dari udara.

Ia menjadi satu lagi tumpuan pelancong ke UAE di samping tarikan lain di negara itu seperti bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa.

Terletak di kawasan yang jauh dari bandar, ia menawarkan keindahan oasis dikelilingi gurun.

Bagaimanapun, kos yang amat mahal diperlukan untuk menghasilkan tarikan pelancongan berkenaan.

Ini memandangkan kawasan itu dipenuhi dengan lebih 16,000 ribu pokok pelbagai jenis, yang disusun dalam bentuk hati dan untuk membentuk perkataan love (cinta).

Tarikan pelancongan ini dirasmikan pada bulan November 2018.

Namun, ia mula menarik perhatian selepas Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan Mohammed berkongsi foto dari udara tasik itu di akaun Instagramnya.

Menariknya, tarikan yang lengkap dengan kawasan untuk berkelah dan trek jogging yang bercahaya dalam gelap itu dibuka 24 jam dan masuk percuma.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.107565 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list