CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2453|Reply: 1

[Johor] Sultan Johor Perkenan Tubuh Persatuan Anak Bangsa Johor

[Copy link]
Post time 23-3-2021 09:38 AM | Show all posts |Read mode

Sultan Ibrahim Iskandar menerima draf perlembagaan Persatuan Anak Bangsa Johor (PABJ) daripada Mohsen (tiga dari kanan) di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, hari ini. - Foto ihsan Royal Press Office


Berita Harian

Mary Victoria Dass
bhnews@bh.com.my

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, memperkenankan penubuhan Persatuan Anak Bangsa Johor (PABJ) yang berperanan menyatukan anak negeri itu.

Sultan Johor dalam muat naik di laman rasmi Facebook Sultan Ibrahim bertitah, baginda sentiasa menitikberatkan perpaduan dalam kalangan bangsa Johor yang menjadi tunjang kemajuan dan pembangunan negeri berkenaan.

"Saya tiada masalah dalam penubuhan persatuan ini, saya mahu jawatankuasa interim berbincang secara terperinci mengenai perlembagaan persatuan dan perkara lain.

"Selepas disiapkan draf perlembagaan, boleh mengadap semula untuk saya menelitinya kerana saya mahu ia (PABJ) adil kepada semua kaum," titah baginda.

Terdahulu, baginda berkenan menerima kunjungan Presiden Interim PABJ, Datuk Mohsen Hasbollah bersama Naib Presiden Interim, Law Boo Song dan M Pubalan; Setiausaha interim, Radiah Nordin serta Sekretariat interim, Lutfi Radzi.

Pertemuan berkenaan diadakan di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi di sini, hari ini.

Mohsen turut mempersembahkan kertas kerja penubuhan PABJ kepada baginda termasuk ringkasan kronologi penubuhan persatuan, hala tuju, objektif dan carta organisasi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2021 11:51 AM | Show all posts
Zzzzzzz
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.842601 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list