View: 5647|Reply: 2
|
Khasiat Buah Mata Kucing yang Anda Perlu Tahu
[Copy link]
|
|
Khasiat Buah Mata Kucing yang Anda Perlu Tahu
Kami yakin anda semua tahu mengenai buah mata kucing. Buah ini disukai ramai kerana rasanya yang manis. Disebalik rasanya yang enak, anda juga harus tahu buah mata kucing memmpunyai banyak khasiaat untuk tubuh anda. Buah mata kucing memiliki banyak nutrisi, antaranya lemak, vitamin A, B, protein, asid tartaric, fitokimia yang merupakan senyawa kimia tumbuhan yang sangat baik untuk kesihatan tubuh manusia.
Berikut merupakan beberapa khasiat buah mata kucing yang perlu anda tahu:
1. Anti tekanan
Buah mata kucing sangat berkesan sebagai anti tekanan. Pengambilan buah mata kucing akan memberikan kesan yang menenangkan, mengatasi masalah iritasi dan meningkatkan fungsi saraf. Ia juga boleh mengatasi masalah penyakit yang berkaitan dengan gangguan tidur.
2. Memberi tenaga pada tubuh
Buah mata kucing mempunyai kadar lemak dan kalori yang rendah, namun buah ini memiliki karbohidrat kompleks yang mampu memberikan tenaga untuk tubuh serta dapat meningkatkan stamina.
3. Mengatasi kerosakan sel
Bersama dengan polifenol, buah mata kucing mampu membantu mencegah radikal bebas yang ada di dalam tubuh serta mengatasi kerosakan sel. Buah mata kucing juga mampu memerangi sel kanser.
4. Membantu gerak kerja jantung
Dengan mengurangkan tahap stress dan kepenatan, buah mata kucing mampu membantu gerak kerja jantung. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan strok.
5. Melancarkan perjalanan darah
Buah mata kucing dikatakan mampu membantu melancarkan perjalanan darah sehingga ia dapat membantu mencegah anemia.
6. Sesuai untuk diet
Buah mata kucing mengandungi kadar lemak dan kalori yang sangat rendah dan bagus bagi anda yang ingin melakukan diet.
7. Merawat kulit
Buah mata kucing bagus untuk kulit kerana memiliki kandungan anti penuaan yang mencegah kedutan pada kulit dan mencerahkan warna kulit.
8. Melindungi tubuh daripada serangan deman dan selsema
Buah mata kucing mengandungi vitamin C yang mampu melindungi tubuh manusia daripada serangan demam dan juga selsema.
Sumber: Women Online Magazine
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dah berbuah pokok mata kucing ku |
|
|
|
|
|
|
|
Wah, tatau plak byk khasiatnya. TQVM tt. Dulu xleh mkn buah ni, bau nye aje dah buat pening kepala. Airnya pun x minum. Now, dah ok dah. Sedap je buah & air mata kucing ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|