CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 730|Reply: 0

Inter tunggu masa julang kejuaraan

[Copy link]
Post time 3-5-2021 09:15 PM | Show all posts |Read mode

INTER meraih kemenangan ke atas Crotone awal pagi semalam dan hanya memerlukan satu mata daripada empat perlawanan untuk mengesahkan kejuaraan Serie A musim ini. – AFP

Inter tunggu masa julang kejuaraan

MILAN – Inter Milan hanya me-nunggu masa sebelum meraikan kejayaan sebagai juara Serie A musim ini sekali gus menamatkan dominasi Juventus yang meraih Scudetto sembilan edisi berturut-turut sejak 2011/2012.

Kemenangan 2-0 ke atas Crotone pada aksi Serie A di Stadio Ezio Scida awal pagi semalam menyaksikan Inter selesa me-nerajui carta liga dengan kelebihan 13 mata selepas 34 perlawanan.

The Nerazzurri akan ditabalkan sebagai juara rasmi jika pencabar terdekat, Atalanta tewas kepada Sassuolo, namun jika sebaliknya berlaku mereka hanya memerlukan satu mata dalam baki empat perlawanan terakhir.

Pemain tengah Inter, Christian Eriksen berpuas hati kerana berjaya meledak satu gol awal pagi semalam bagi membantu pasukannya menamatkan penantian bergelar juara Scudetto sejak musim gemilang 2009/2010.

“Ia bukan jaringan rasmi kemenangan Scudetto kerana kami perlu menunggu keputusan antara Atalanta dan Sassuolo. Namun, kami sudah menghampiri penghujung untuk menjuarai gelaran.

“Saya jarang menjaringkan gol, jadi saya sangat gembira dengan kejayaan ini kerana ia amat pen-ting untuk merealisasikan matlamat pasukan,” katanya.

Sebagai rekod, Eriksen membuka tirai jaringan buat Inter pada minit ke-69 sebelum skuad bimbingan Antonio Conte itu memastikan kemenangan dengan gol kedua melalui Achraf Hakimi pada minit ke-92.

Jika disahkan bergelar juara, The Nerazzurri masih perlu meneruskan baki empat perlawanan menentang Sampdoria (9 Mei), AS Roma (13 Mei), Juventus (16 Mei) dan Udinese pada 23 Mei nanti. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.087110 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list