CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 818|Reply: 0

PSG belum sedia mengaku kalah

[Copy link]
Post time 3-5-2021 09:16 PM | Show all posts |Read mode

NEYMAR (kanan) memainkan peranan penting apabila meledak gol dan mencipta umpanan ketika PSG menewaskan Lens 2-1 pada aksi Ligue 1 kelmarin. – AFP

PSG belum sedia mengaku kalah

PARIS – Neymar berjaya mempamerkan aksi cemerlang bagi memastikan Paris Saint-Germain (PSG) kekal berada pada landasan perebutan kejuaraan Ligue 1 musim ini selepas menang 2-1 ke atas RC Lens di Parc des Princes malam kelmarin.

Neymar yang berjaya meledak satu gol sebelum mencipta umpanan jaringan buat Marquinhos menyaksikan PSG terus mengejar pendahulu Ligue 1, Lille dengan perbezaan satu mata dalam baki tiga perlawanan sahaja lagi.

Ia selepas Lille turut berjaya meraih tiga mata selepas menewaskan Nice 2-0 hasil jari-ngan daripada Burak Yilmaz dan Zeki Celik awal pagi semalam.

Ketua jurulatih PSG, Mauricio Pochettino berbangga dengan komitmen barisan pemainnya terutama Neymar ketika menentang Lens di tempat kelima yang mengintai peluang layak ke Liga Europa musim depan.

“Ini adalah satu perlawanan yang sangat sukar. Lens mempamerkan corak bola sepak yang sangat bagus dengan gaya permainan mereka itu berjaya membuatkan kami terpaksa berhempas pulas.

“Bagaimanapun, kami lebih berhak meraih kemenangan selepas bekerja keras dalam perlawanan ini,” katanya.

Dalam masa sama, kemenangan itu menyuntik sema-ngat para pemain PSG untuk menghadapi aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Manchester City di Stadium Etihad pada Rabu ini.

“Kami akan melihat -keada-an pemain. Jadual musim ini sememangnya gila, jadi kami perlu tunggu hingga saat terakhir untuk membuat keputusan siapa yang akan diturunkan nanti,” jelas Pochettino. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:22 PM GMT+8 , Processed in 1.285053 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list