View: 6215|Reply: 7
|
RESEPI SUSU PISANG STYLE KOREA (DIY)
[Copy link]
|
|
Edited by listria at 6-5-2021 05:46 AM
Minuman susu pisang makin popular dan viral sekarang di Malaysia. Sewaktu di Incheon City Korea Selatan dulu, penulis pernah merasai Susu Pisang Korea. Memang sangat sedap walau pun penulis sebenarnya paling tidak suka makan pisang segar. Di pasaran hari ini banyak jenama susu pisang yang dipasarkan. Antaranya ialah Pure Farm Banana Milk, Dutch Lady Banana Milk, Binggrae Korean Banana Milk, Nilofa Banana Milk dan terkini, bakal dilancarkan selepas Idul Fitri 2021 iaitu Susu Pisang D'Joy (D'Joy Banana Milk). Bagi yang sukakan susu pisang tapi ingin berjimat dari membelinya dari luar, bolehlah cuba Resepi Susu Pisang Stail Korea yang enak di bawah ini:. Bahan- Bahan
1. 3 biji pisang emas (atau pisang bunga)
2. 1 sudu teh gula pasir
3. 250 ml susu cair
4. 1/4 (suku) sudu teh serbuk vanila
Cara Penyediaan
1. Blend 2 biji pisang sehingga halus
2. Kemudian adunkan gula pasir dan serbuk vanila bersama pisang yang telah diblend tadi
3. Sebiji pisang yang lain dipotong kecil-kecil dan asingkan dulu
4. Kemudian masukkan pisang yang dipotong halus tersebut ke dalam gelas bersama susu cair dan kacau/pukul rata rata
5. Akhir sekali campurkan semuanya ke dalam satu bekas dan sejukkan di dalam peti ais dan ianya sedia untuk diminum
* Jika korang ada masalah diabetis/kencing manis, bolehlah gantikan gula pasir tu dengan madu atau stevia (cuma keaslian rasa susu pisang Korea akan sikit berubah)
Tapi jika korang jenis pemalas nak buat sendiri, boleh beli pelbagai jenama susu pisang yang ada di pasaran. Kalau korang rasa nak berniaga susu pisang ni, boleh mulakan dengan Susu Pisang Nilofa (pasaran Malaysia) atau Susu Pisang D'Joy (pasaran Malaysia & Asia Pasifik) keluaran terkini D'Joy International Sdn Bhd
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
guna fresh milk lagi sedap.. tambah yoghurt sikit bagi masam2..no sugar.. macam beli kat boost atau juiceworks |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by listria at 6-5-2021 05:40 AM
Banyak resepi dan cara buat susu pisang yang sedap boleh digoogle. Tapi resepi di atas tu mirip kepada rasa susu pisang satu jenama Korea yang pernah saya cuba dulu di Incheon City. Cuma kalau buat sendiri susu pisang, dah tentu lebih terjamin halal haramnya walau pun tak dinafikan jenama lain khususnya susu pisang buatan tempatan seperti susu pisang D'joy dan Nilofa tu memang halal pembuatannya. Apa pun bergantung kepada pilihan masing2. Boleh cuba tiap satu resepi yang ada kalau rajin . Kalau malas atau sibuk memanjang, beli saja
Susu pisang Nilofa boleh tahan sedapnya. Insyallah lepas raya besok, boleh cuba susu pisang D'joy pula. Kalau tengok packaging, kedua2 ni macam nak sama jer. Apakah mirip rasanya dan hampir sama harganya?.
|
|
|
|
|
|
|
|
susu pisang dutch lady sedap, tak manis sangat |
|
|
|
|
|
|
|
susah nak cari stok susu pisang ni
asik habis je
|
|
|
|
|
|
|
|
mampu minum yang ada dekat 99speedmart je. merata dah ada flavor pisang iteww |
|
|
|
|
|
|
|
Jom try Resepi Susu Kurma Colever ni. Sesuai untuk bulan puasa. Resepi minuman ni beri kesan rasa kenyang lebih lama, bertenaga dan segar dan mengelak masalah hisrasi atau kekeringan sepanjang waktu puasa tanpa makanan dan minuman.
Tengok Video Resepi Susu Kurma Colever ni di pautan ni.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|