View: 1284|Reply: 1
|
Selamat tinggal Cikgu Asnan
[Copy link]
|
|
Selamat tinggal Cikgu Asnan

ASNAN (tengah) sah tinggalkan Terengganu FC untuk menyertai KDA FC. FOTO Ihsan TFC
Kuala Terengganu: Jodoh bekas kapten UKM FC, Asnan Ahmad bersama pasukan Terengganu FC (TFC) tidak berpanjangan apabila sah 'bercerai' dengan skuad Penyu itu ketika jendela kedua perpindahan pemain Liga Malaysia (Liga M) dibuka bermula 3 Mei hingga hujung bulan ini.
Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan TFC pada hari ini, pemain berasal dari Kedah itu bakal menyertai pasukan negeri kelahirannya itu.
"Terengganu FC ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat pemain tengah pasukan, Asnan Ahmad atas sumbangan serta jasanya ketika bersama pasukan TFC.
"Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat pemain itu yang bakal menyertai pasukan negeri kelahirannya, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) selepas ini," demikian menurut kenyataan itu.
Pemain yang dipanggil 'Cikgu' itu menyertai TFC sejak Disember tahun lalu selepas pasukan UKM FC tidak lagi beraksi dalam kancah Liga M.
Sepanjang menyarung jersi skuad Penyu, pemain berusia 28 tahun itu hanya beraksi sekali ketika menjadi pemain gantian bertemu pasukan UiTM FC pada aksi terakhir sebelum liga berehat panjang.
Selain KDAFC yang berminat mengikat pemain tengah itu yang sebelum ini diikat kontrak selama setahun oleh Terengganu Football Club (TFC), Sdn Bhd, sebuah lagi pasukan juga dari Liga Super turut menyatakan hasrat untuk mendapatkan khidmat pemain itu.
Bagaimanapun pemain yang dilepaskan TFC bermula semalam itu lebih berminat untuk menabur bakti bersama negeri kelahirannya selepas berkelana bersama pasukan lain sebelum ini.
Sepanjang kariernya bersama UKM FC sebelum ini, Asnan berjaya membantu pasukan The Varsity Boys itu mara ke pentas final Piala Cabaran sebanyak dua kali berturut-turut pada 2018 dan 2019.
Walaupun impian pemain itu untuk beraksi pada pentas tertinggi Piala AFC bersama TFC tidak kesampaian, namun pemain yang juga mampu beraksi di posisi pertahanan itu masih berpeluang kerana KDAFC juga layak bermain pada pentas Asia itu.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|