CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 807|Reply: 0

Petkovic berang ketumpulan penyudah Switzerland

[Copy link]
Post time 14-6-2021 11:58 PM | Show all posts |Read mode

SWITZERLAND berjaya melakukan 18 percubaan tetapi mereka sekadar berjaya mendapatkan satu gol ketika menentang Wales kelmarin. – AFP

Petkovic berang ketumpulan penyudah Switzerland

BAKU – Jurulatih Switzerland, Vladimir Petkovic berang dengan ketumpulan jentera serangan pasukannya ketika seri 1-1 menentang Wales pada aksi Kumpulan A, Euro 2020 di Stadium Olimpik Baku kelmarin.

Meskipun melakukan 18 percubaan dengan empat percubaan tepat, namun mereka sekadar menjaringkan satu gol menerusi penyerang Breel Embolo empat minit selepas separuh masa ke-dua bermula.

Peluang demi peluang yang disia-siakan Switzerland akhir-nya memakan diri apabila Wales berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-74 menerusi tandukan menarik penyerang, Kieffer Moore.

“Dalam tempoh 75 minit kami memberikan segala-galanya bagi mendapatkan kemenangan, namun ketumpulan jentera sera-ngan gagal memanfaatkan beberapa peluang yang terhidang.

“Ini adalah kejohanan Eropah, tidak ada pasukan yang boleh dianggap remeh. Sudah tentu kami kecewa dengan keputusan seri kerana kami berpeluang untuk dapatkan tiga mata,” kata Petkovic.

Beliau mengakui Itali adalah pasukan pilihan untuk menjuarai saingan Kumpulan A selepas menang 3-0 ke atas Turki pada aksi pembukaan, namun tetap yakin skuad kendaliannya mampu meneruskan saingan dengan layak ke peringkat seterusnya.

“Dari awal lagi saya tahu sai-ngan dalam kumpulan ini akan menjadi sengit. Kami ada dua lagi perlawanan selepas ini, jadi kami akan cuba untuk dapatkan kemenangan,” ujarnya. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.738908 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list