CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3225|Reply: 0

Penyanyi solo terkenal yang asalnya dari kumpulan muzik.

[Copy link]
Post time 24-6-2021 11:22 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Solo Terkenal Yang Asalnya Dari Kumpulan Muzik

Ramai penyanyi solo yang hebat dan terkenal telah memulakan kerjaya mereka dalam kumpulan muzik dahulu. Mungkin ramai yang tahu antara penyanyi solo seperti Zayn Malik dan Harry Styles berasal dari One Direction dan Camelia Cabello dari Fifth Harmony.

Namun, tidak ramai yang tahu sesetengah penyanyi solo dalam senarai ini sebenarnya berasal dari kumpulan.

Berikut adalah antara penyanyi solo terkenal yang asalnya dari kumpulan muzik.

1. Justin Timberlake – NSYNC



Kini, Justin Timberlake dikenali sebagai seorang penyanyi Amerika, penulis lagu, penerbit rekod, dan pelakon. Dalam senarai artis muzik yang paling popular, Timberlake telah menjual lebih daripada 32 juta album dan 56 juta single di seluruh dunia sepanjang kerjaya solonya.

Pada tahun 1995, Timberlake telah menyertai kumpulan lelaki bernama NSYNC bersama empat ahli kumpulannya iaitu JC Chasez, Chris Kirkpatrick, Joey Fatone, dan Lance Bass.

Kemudian pada tahun 2002, NSYNC membuat pengumuman untuk berehat sebentar ketika Timberlake mengeluarkan lagunya Like I Love You sebagai penyanyi solo. Namun selepas itu, NSYNC tidak pernah bersatu semula.

2. Fergie – Black Eyed Peas



Fergie Duhamel, dikenali sebagai Fergie adalah penyanyi Amerika, penulis lagu, dan pelakon. Dia mula mencapai kejayaan dalam carta muzik sebagai ahli kumpulan bernama Black Eyed Peas pada tahun 2003.

Kemudian pada tahun 2017, Fergie yang berusia 45 tahun ketika itu hanya ingin menumpukan perhatian kepada keluarganya dan membesarkan anaknya Axel.

3. Gwen Stefani – No Doubt



Gwen Renée Stefani adalah penyanyi vokalis dan penulis lagu utama dalam kumpulannya, No Doubt pada tahun 1986.

Setelah melepaskan lima album, kumpulan itu berehat pada tahun 2001 dan Stefani memulakan kerjaya solonya dengan melancarkan lagu termasuk Hollaback Girl, Rich Girl dan Sweet Escape.

No Doubt bersatu semula pada tahun 2012 untuk melepaskan lagu Push and Shove, tetapi Stefani memilih untuk memberi tumpuan sebagai seorang ibu dan kerjaya solo kedua.

4. Beyoncé – Destiny’s Child



Pada tahun 1997, Beyonce dan Destiny’s Child menandatangani perjanjian rekod pertama mereka dengan Columbia Records. Kumpulan ini mempunyai lagu hits seperti Say My Name dan Cater 2 U, tetapi pada tahun 2006, dia mula kerjayanya sebagai penyanyi solo.

Kini sebagai seorang penyanyi solo, Beyoncé telah memenangi 19 anugerah Grammy dengan album ikonik seperti B’Day dan Lemonade.

5. Michael Jackson – Jackson 5



Dikenali sebagai Raja Pop, Michael Jackson adalah penyanyi Amerika, penulis lagu dan penari yang paling ikonik dan diiktiraf sebagai salah seorang penghibur yang paling terlaris dalam sejarah muzik.

Jackson merupakan anak kelapan dalam keluarganya dan memulakan kerjaya profesionalnya pada tahun 1964 bersama adik-beradiknya iaitu Jackie, Tito, Jermaine, dan Marlon sebagai ahli Jackson 5.

Kemudian, Jackson memulakan kerjaya solo pada tahun 1971. Selepas itu dia mula menjadi bintang solo selepas melancarkan album The Wall pada tahun 1979.

Sumber:https://plus.wiser.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.449233 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list