Anda Tidak Akan Selamat Jika Berada Dalam 5 Sungai Berbahaya Ini
Terdapat banyak sebab mengapa sungai mungkin dianggap berbahaya kerana sungai-sungai dalam senarai ini mempunyai pelbagai ancaman.
Sungai-sungai ini adalah antara yang paling panjang, dalam, dan bahaya di dunia. Ia mempunyai ancaman dari haiwan liar, arus yang deras dan tidak dapat diramalkan, dan air terjun.
Berikut adalah senarai sungai yang tidak selamat dan berbahaya kepada manusia.
1. Sungai Wharfe
Sungai Wharfe terletak di Yorkshire, England, dan telah mendapat reputasi untuk membunuh sesiapa sahaja yang jatuh ke dalam perairannya dengan menelan seluruh tubuh badan.
Sungai yang terletak di antara Barden Tower dan Bolton Abbey ini mempunyai terowong tersembunyi di bawah permukaannya. Jurang sempit ini membolehkan sungai Wharfe mendapatkan kelajuan arus yang sangat deras.
2. Sungai Nil
Sungai Nil adalah sungai yang paling panjang di dunia. Ia mengalir melalui sebelas negara dan Laut Mediterranean. Sepanjang sejarah, Sungai Nil sangat penting di Afrika, tetapi ia juga memberi banyak ancaman.
Ini termasuk buaya yang boleh bergerak sekitar 30 batu sejam di darat dan membunuh sekitar 200 orang setiap tahun, badak air yang menyerang bot, ular berbisa seperti Black Mamba dan kobra, dan nyamuk.
Nyamuk telah menyebabkan seramai 500 juta orang jatuh sakit setiap tahun dan beratus-ratus ribu meninggal akibat malaria dan virus.
3. Sungai Mekong
Sungai Mekong adalag sungai ke-12 yang terpanjang di dunia dan terletak di Asia. Dalam sejarah, sungai itu dikenali dengan biodiversiti dan rumah kepada beberapa spesies yang jarang ditemui seperi penyu dan lumba-lumba.
Sungai ini mempunyai kawasan aliran yang berbahaya dan dikenali dengan paras air yang tidak menentu. Ia bertambah teruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana krisis iklim. Paras air yang rendah telah menyebabkan komuniti tiada pengangkutan dan sumber makanan.
4. Sungai Zambezi
Sungai Zambezi adalah sungai yang ke-4 paling panjang di Afrika. Ia termasuk Victoria Falls, Chavuma Falls, dan Ngonye Falls. Air terjun merupakan satu-satunya sebab mengapa ia dianggap sebagai sungai yang sangat berbahaya.
Namun, seramai 50,000 orang melancong di sungai setiap tahun. Sungai berbahaya ini mempunyai aliran yang deras dan menarik ramai peminat pengembara dari seluruh dunia.
5. Sungai Amazon
Tidak mengejutkan jika Sungai Amazon tersenarai dalam sungai-sungai yang paling berbahaya di dunia. Sungai ini dipenuhi dengan haiwan pemangsa seperti jerung lembu, anakonda, dan buaya Black Caiman.
Ancaman lain termasuk lintah, piranha yang mempunyai gigi tajam dan ular berbisa, Lachesis. Haiwan lain yang tidak dapat dielak adalah belut elektrik yang mengeluarkan 600 volt elektrik, atau labah-labah Brazil yang boleh membunuh dalam masa 25 minit tanpa rawatan.
Post time 8-7-2021 06:49 AMFrom the mobile phone|Show all posts
SG Amazon ni mmg bahaya. Dlm sungai ada anaconda, buaya. Tebing sungai pulak Jaguar menunggu nk menerkam buaya Cayman. Comel je tgk 1video ni buaya Cayman tgh bersidai tgh sungai. Tgh sungai tu Ada mcm daratan sikit timbul. Jaguar ni berenang dan terkam buaya yg sdg sunbathing tadi.
Post time 8-7-2021 10:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Brazil ni bagi aku, heaven of wildlife. Sg Amazon kt sini. Snake Island pun kt sini. Area Sg Amazon ni generally masih pristine. Penempatan manusianya pun tribe org asli. Wlwpun ada usaha gov nya nk gondol sikit2 hutan utk pembangunan. Yg nk digondol pun pinggir hutan bkn core area. Tapi dpt byk bantahan.