View: 2689|Reply: 14
|
Kebaikan Dan Khasiat Memakan Buah Manggis
[Copy link]
|
|
Tingkatkan Kekebalan Tubuh Badan, Bersifat Antioksidan – Kebaikan Dan Khasiat Memakan Buah Manggis
Buah manggis atau nama saintifiknya adalah Garcinia Mangostana. Buah ini digelar ratu segala buah dan ianya merupakan tumbuhan asli yang berasal dari Asia Tenggara. Buah manggis terkenal kerana isinya yang sedap dan enak dimakan begitu sahaja.
Terdapat satu kajian yang dilakukan penyelidik dari Fakulti Sains UKM (diterbitkan di https://bmcchem.biomedcentral.com/articles/10.1186/1752-153X-7-85) , menyatakan bahawa kulit manggis didapati bersifat antioksidan, anti bakteria, anti kulat, anti radang, dan anti tuberkulosis.
Selain menjadi bahan utaman dalam penghasilan ubat terapeutik, ia digunakan sebagai ubat anti kerengsaan gigitan nyamuk.
Terdapat kajian yang telah dilakukan, manggis memiliki sifat antiinflamasi yang berfungsi untuk meningkatkan metabolisme. Sesiapa yang memakan buah manggis atau meminum jus manggis dua kali sehari selama lapan minggu didapati mempunyai indeks tubuh yang lebih rendah
Manggis juga membantu meningkatkan kekebalan tubuh badan. Jurnal Nutrients menyatakan kandungan serat manggis menghasilkan bakeria baik dalam usus, manakala Vitamin C sangat bagus untuk imunisasi badan.
Anti oksidan berfungsi untuk menentang radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh yang di ketahui menjadi punca pelbagai penyakit seperti penyakit jantung dan k4nser.
Radikal bebas ini dihasilkan di dalam tubuh semasa proses menghadamkan makanan dan disumbangkan oleh persekitaran seperti asap rokok, radiasi dan pencemaran udara.
Berdasarkan Institut K4nser Kebangsaan (US) , kajian mengenai fungsi antioksidan masih di peringkat awal. Tiada bukti kukuh yang menunjukkan manggis mampu merawat k4nser dan mana mana penyakit khusus.
Sekiranya anda kerap memakan manggis, ianya dapat membuatkan kulit wajah menjadi lebih sihat dan anjal. Ianya dapat mengurangkan risiko pelbagai masalah kulit seperti peradangan, penuaan, ekzima, allergi dan jangkitan bakteria.
Kita sepatutnya berasa bertuah kerana manggis mudah untuk didapati di sekitar Asia Tenggara. Patutlah, wanita-wanita Asia Tenggara mempunyai kulit muka yang cantik, anjal dan sihat.
Sumber:https://rentas.asia/tingkatkan-k ... makan-buah-manggis/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada nampak jual di mart hari tu...good info |
|
|
|
|
|
|
|
tgh musim la ni.. best woo dpt mkn banyak2... |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 9-7-2021 10:32 AM
tgh musim la ni.. best woo dpt mkn banyak2...
Manggis ke mesta/masta? |
|
|
|
|
|
|
|
Catpaw replied at 22-7-2021 01:38 AM
Manggis ke mesta/masta?
Manggis..
Masta tu amender? |
|
|
|
|
|
|
|
apa beza?
rasanya seseorang pernah beritahu saya beza kedua ini
|
|
|
|
|
|
|
|
kan... cat ni pakar buah manggis rupanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 23-7-2021 06:59 AM
kan... cat ni pakar buah manggis rupanya.
Aritu masa dia tunjuk gambaq manggis ada 2 jenis pun iols tergamam.. tak pernah prasan jenis2 manggis.
Bg iols, masuk peyut, sumer sama jahh.. pandai makan jahh |
|
|
|
|
|
|
|
i think later nak beli manggis later, aritu dah beli durian, rambutan and longan now manggis pulak..samalah kak tinot saya pun ngap je masuk mulut
|
|
|
|
|
|
|
|
Perak tgh musim manggis dan moktan
Manggis @ Perak...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sedap dibuat jem manggis ni |
|
|
|
|
|
|
|
kulit wajah menjadi lebih sihat dan anjal. Ianya dapat mengurangkan risiko pelbagai masalah kulit seperti peradangan, penuaan, ekzima, allergi dan jangkitan bakteria,meningkatkan kekebalan tubuh badan. Jurnal Nutrients menyatakan kandungan serat manggis menghasilkan bakeria baik dalam usus, manakala Vitamin C sangat bagus untuk imunisasi badan.
Dah beli semalam....sama moktan dan doyan
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Esok nk p beli 3kg
Semoga iolss semakin awet modaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
sdp jgk manggis ni tp masa kecik mls nk mkn sbb mama asyik pesan makan elok2 ..air manggis kena baju tak tanggal..so syg bju i xmkn sgt |
|
|
|
|
|
|
| |
|