View: 727|Reply: 1
|
Penyudah tumpul jejas rentak Negeri Sembilan di Paroi
[Copy link]
|
|
Penyudah tumpul jejas rentak Negeri Sembilan di Paroi
PENYUDAH tumpul menyebabkan Negeri Sembilan FC terpaksa berpuas hati apabila terikat dengan keputusan seri jaringan semasa melayan kunjungan Selangor FC II dalam perlawanan Liga Premier di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, baru-baru ini.
Jurulatih Negeri Sembilan FC, K Devan berkata, pasukannya telah mempamerkan aksi bertenaga menerusi beberapa percubaan di depan pintu gol lawan, tetapi dihampakan dengan tindakan penyudah yang tidak menjadi.
“Selain itu, pasukan juga tiada perlawanan persahabatan yang sebenar, justeru perlawanan pada malam ini adalah perlawanan pertama setelah sekian lama kita berehat,” katanya.
Beliau bagaimanapun memuji prestasi beberapa pemain baharu yang dilihat memuaskan, namun perlu ditambah baik bagi menghadapi beberapa perlawanan musim ini.
“Kita lihat pemain baharu termasuk Kouassi Francis Kone bermain dengan baik dan dia boleh bantu pasukan dengan hantaran tinggi. Mungkin lepas ini (persembahan) akan bertambah baik lagi,” katanya. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... i-Sembilan-di-Paroi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
K Devan |
|
|
|
|
|
|
| |
|