View: 1313|Reply: 7
|
Gimnas Jerman tampil dengan seragam lebih ‘sopan’
[Copy link]
|
|
Gimnas Jerman tampil dengan seragam lebih ‘sopan’
SKUAD gimnastik wanita Jerman tampil dengan pakaian lebih ‘sopan’ pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila mengenakan seragam penuh untuk beraksi.
Menurut salah seorang gimnas Jerman, Sarah Voss, mereka akan memakai pakaian lebih sopan dengan mengenakan seragam merah jambu serta berseluar panjang ketat.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Voss menegaskan keempat-empat gimnas Jerman, Elisabeth Seitz, Kim Bui, Pauline Schafer termasuk dirinya sendiri bakal mengenakan seragam itu sebagai simbolik bagi memerangi gangguan seksual dalam sukan berkenaan.
“Memakai pakaian sebegini mampu membantu gimnas untuk lebih selesa, baik dalam pertandingan mahupun semasa latihan. Untuk melakukan lompatan atau gerakan, ada kalanya pakaian biasa akan terselak.
“Jadi, sebab itu kami memakai pakaian yang baharu ini untuk lebih rasa selesa dan selamat semasa pertandingan atau latihan. Rasa tidak selesa akan mengganggu fokus anda, sekali gus menjejaskan persembahan.
“Saya fikir dengan pakaian ini akan membolehkan kami memberikan perhatian semasa membuat persembahan tanpa memikirkan apa yang orang lain lihat,” katanya.
Difahamkan, tindakan gimnas Jerman itu mendapat pujian di seluruh dunia kerana penampilan sedemikian sekali gus menamatkan tradisi di temasya Sukan Olimpik sebelum ini di mana sejak tahun 1970-an, gimnas wanita menggunakan pakaian leotard ketika beraksi.
Terdahulu, tindakan gimnas wanita Jerman itu dalam sesi latihan mencuri tumpuan ramai menerusi penampilan yang sangat berbeza.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... seragam-lebih-sopan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
eragam yang dipakai oleh gimnas Jerman. - Foto then24.com, sports illustrated |
|
|
|
|
|
|
|
Gimnas Jerman tampil dengan seragam lebih 'sopan' pada Sukan Olimpik Tokyo 2020. - Foto then24.com, sports illustrated |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmmm negara bukan islam pulak yg lebih sopan |
|
|
|
|
|
|
|
peraturan pakaian yang terlampau terdedah perlu diubah...otak manusia2 sewel perlu dibersihkan
nak tgk sukan ke nak tgk badan atlet |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah nampak 'pelik' masa tengok, tak perasan plak pakaian lain drp yg lain. Good job team german. |
|
|
|
|
|
|
|
Takde ke gambar gimnas laki... |
|
|
|
|
|
|
|
german mulakan xpe..jgn negara muslim je nanti kena ban
so lepasni negara muslim boleh follow la
|
|
|
|
|
|
|
| |
|