CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 866|Reply: 1

Jinq En berjaya capai misi di Olimpik Tokyo

[Copy link]
Post time 27-7-2021 08:53 AM | Show all posts |Read mode
Jinq En berjaya capai misi di Olimpik Tokyo

PERENANG negara, Phee Jinq En hanya mempunyai satu impian di temasya Olimpik Tokyo, untuk memperbaiki rekod kebangsaannya dalam acara 100 meter (m) kuak dada wanita.

Beliau berjaya menepati janjinya dengan bergaya dalam Saringan Dua yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo pada Isnin.

Jinq En, 23, merekodkan 1 minit 08.40 saat (s) memperbaharui catatan miliknya sendiri 1:08.50s yang dilakukannya ketika meraih pingat emas di Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina.

“Saya berpuas hati dan gembira dapat memecahkan rekod kebangsaan dan mencapai prestasi terbaik saya,” katanya dalam rakaman audio yang dikongsi kepada media pada Isnin.

Bukan itu sahaja, Jinq En merupakan perenang kedua terbaik dalam saringan itu, hanya empat saat di belakang perenang Slovakia, Andrea Podmanikova yang mencatatkan 1:08.36s.

Tilali Scanlan dari Samoa Amerika (1:10.01s) menduduki tempat ketiga.

Bagaimanapun, catatan masa Jinq En masih belum mencukupi untuk membolehkan beliau dalam kelompok 16 perenang teratas untuk mara ke separuh akhir yang akan diadakan pada Isnin.

Jinq En menamatkan saingan di kedudukan ke-29 daripada 43 peserta keseluruhan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... si-di-Olimpik-Tokyo
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2021 08:54 AM | Show all posts

Phee Jinq En - Gambar fail Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.043407 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list