View: 3122|Reply: 7
|
Kenapa Sate Dihidangkan Bersama Timun Dan Bawang?
[Copy link]
|
|
Kenapa Sate Dihidangkan Bersama Timun Dan Bawang?
SATE ialah makanan yang dibuat daripada daging yang dipotong kecil-kecil dan dicucukkan dengan lidi serta kemudian dibakar. Sate merupakan makanan yang berasal dari Jawa, Indonesia.
Pernah tak terfikir, mengapa apabila makan sate mesti dihidangkan bersama timun dan bawang? Memang sedap kombinasinya terutama gaul timun dengan kuah sate. Memang padu beb!
Namun, apa tujuan sebenarnya sate dimakan dengan timun dan bawang? Jom Sinar Plus kongsikan.
Amalan memakan timun sebagai ulam adalah bertepatan kerana khasiat bawang dan timun yang mempunyai anti-karsinogen.
Hal itu kerana terdapat beberapa jenis daging tertentu yang dimasak pada suhu tinggi dapat menghasilkan senyawa baru yang sebelumnya tidak terdapat dalam keadaan mentah.
Ulaman seperti timun dan bawang berfungsi sebagai penawar semula jadi yang baik kepada karsinogen yang telah diambil melalui jenis-jenis makanan bakar seperti sate.
Dalam bidang patologi, karsinogen ialah agen-agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah (kanser) dalam tisu hidup.
Hal demikian disebabkan oleh gangguan dan ketidakstabilan pertumbuhan sel yang tidak terkawal. Antara contoh-contoh karsinogen yang ketara ialah abestos dan asap rokok. Asap daripada pembakaran sate atau BBQ turut menyumbang kepada kewujudan karsinogen.
Selain itu, timun dan bawang juga mampu meneutralkan tahap karbon yang ada pada sate kerana apabila sate dibakar, kesan hangit yang terhasil adalah merupakan kandungan karbon.
Datuk nenek moyang kita dulu telah lama menyedari khasiat timun dan mengamalkan sejak berkurun lamanya.
Jadi, tak perlu disangkal lagi kenapa sate biasa dijual disertakan dengan timun. Mana yang tak tahu pasti menganggap timun tidak penting. Betul tak?
So, lepas ni kalau order sate jangan lupa bungkus ikat tepi timun dan bawang lebih sikit okey?
Sumber:https://sinarplus.sinarharian.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wah menarik. Ingatkan to add fresh taste. Ada khasiat disebalik gabungan sate dan timun rupanya. |
|
|
|
|
|
|
|
i ols penah baca. sebab satay tu dibakar..so ada kesan arang. jadi nk neutral kan balik or balance kan balik kena makan bwg...timun maybe nk clearkan rasa mulut tu kot...mcm refreshing... |
|
|
|
|
|
|
|
Baru makan sate petang td. Makan Satay xcomplete kalau xde timun dan bawang and nasi Impit. |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu makan timun je, bawang tolak tepi |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi sekarang kalau nak bawang kena request kalau tak bagi timun je |
|
|
|
|
|
|
| |
|