Penguasaan Fiji dalam acara ragbi 7's sukar digugat
Tokyo: Fiji mempertahankan kejuaraan ragbi 7's (Rugby Sevens) mereka dengan aksi bertenaga menewaskan New Zealand, 27-12 di Stadium Tokyo, hari ini. Fiji yang mengalahkan Argentina 26-14 dalam aksi separuh akhir, mendahului 19-12 pada separuh masa pertama menerusi tiga try dari Meli Derenalagi, Sireli Maqala dan Jiuta Wainiqolo. New Zealand, yang mudah mengatasi Britain 29-7 dalam satu lagi saingan separuh akhir, memberi tentangan menerusi Scott Curry dan Sione Molia. Tetapi empat try oleh Asaeli Tuivuaka dan penalti Waisea Nacuqu memastikan pingat emas buat pasukan kepulauan Pasifik Selatan itu. Dalam perlawanan bagi perebutan pingat gangsa, Argentina menewaskan Britain 17-12 dalam aksi berlangsung sengit. Pemenang pingat gangsa Rio, Afrika Selatan pula menamatkan saingan di tempat kelima selepas menewaskan Amerika Syarikat, 28-7. sumber : HMetro
|