Tokyo: Kuartet renang wanita China berjaya mencatat rekod dunia dan memenangi emas dalam acara 4x200 meter (m) gaya bebas iaitu kejutan terbesar dalam acara berkenaan. Pasukan yang dibarisi Yang Junxuan, Zhang Yufei, Li Bingjie dan Tang Muhan mencatat masa tujuh minit 40.33 saat (s) mengatasi Amerika Syarikat (AS) (7:40.73s) dan Australia (7:41.29s). Ini adalah kali pertama tiada juara dari Australia mahupun AS sejak ia dipertandingkan pada 1996. Ketiga-tiga kuartet berkenaan berjaya mencatat kepantasan mengatasi rekod dunia dunia terdahulu, 7:41.50s yang dilakukan Australia pada kejohanan dunia 2019. Bagaimanapun, China berjaya merangkul gelaran juara selepas berjaya menghalang usaha keras perenang AS, Katie Ledecky yang dilihat cuba melakukan kebangkitan luar biasa pada renangan terakhir. "Mereka menunjukkan kemampuan sebenar dan saya berada di posisi di mana mampu untuk mengetepikan perenang di sebelah saya. "Saya berharap seandainya masih ada lagi masa buat saya untuk mengejar mereka namun itu saja yang mampu saya berikan," kata Ledecky said. Australia turun selaku kuartet pilihan selepas mereka sudah memenangi emas dalam acara 4x100m gaya bebas wanita, selepas berjaya memecahkan rekod dunia yang dipegang mereka sebelum ini. "Ia adalah perlumbaan yang pantas. Kami masih lagi boleh berbangga kerana mencatat masa lebih pantas daripada rekod dunia yang kami lakukan sebelum ini. Jadi ia satu pencapaian yang baik juga buat kami. "Saya rasa boleh buat lebih baik tapi apa yang anda boleh lakukan pada hari pertandingan, jadi saya gembira mampu menaiki podium juga," kata Ariarne Titmus sumber : HMetro
|