View: 917|Reply: 1
|
Perenang AS terus bersinar di kolam renang
[Copy link]
|
|
PERENANG Amerika Syarikat (AS), Caeleb Dressel menewaskan juara bertahan, Kyle Chalmers dari Australia bagi menjuarai acara 100 meter (m) gaya bebas lelaki di Pusat Akuatik Tokyo pada Khamis.
Juara dunia dua kali itu berada di kedudukan selesa dengan catatan masa 47.02 saat, sekali gus mencatatkan rekod Olimpik baharu, lapor Xinhua.
Dressel menyumbang emas kedua buat negaranya selepas mencatat kemenangan bersama pasukan AS dalam acara 4x100m gaya bebas berganti-ganti pada Isnin.
Chalmers meraih perak dengan catatan 47.08 saat manakala juara Eropah Kliment Kolesnikov terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan catatan masa 47.44 saat.
Robert Finke, 21, dari AS sebelum itu telah memenangi emas acara 800m gaya bebas lelaki.
Atlet itu yang pada awalnya ketinggalan sebelum membuat pecutan pada 50m terakhir dan sampai ke garisan penamat dengan catatan masa tujuh minit 41.87 saat.
Perenang Itali, Gregorio Paltrinieri, yang pada awalnya menguasai acara itu sekadar di tempat kedua ketinggalan 0.24 saat di belakang Finke.
Pingat gangsa menjadi milik juara Eropah, Mykhailo Romanchuk yang menambah pungutan pingat untuk Ukraine dengan catatan masa 7:42.33 saat. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... nar-di-kolam-renang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Foto Bernama |
|
|
|
|
|
|
| |
|