View: 1398|Reply: 6
|
'Saya mohon maaf tidak dapat hadiahkan pingat'
[Copy link]
|
|
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana gagal menyumbangkan pingat pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, setelah tersingkir dalam saingan pusingan 16 terbaik acara perseorangan lelaki, malam ini.
Pemain berusia 23 tahun itu, tumpas kepada pemenang pingat emas edisi Rio 2016, Chen Long dari China, mengakui bahawa ramai peminat sukan tanah air mengharapkan beliau untuk menghadiahkan pingat pada Olimpik kali ini.
"Sekarang ini lockdown (sekatan pergerakan), ramai yang tidak boleh keluar atau pergi ke mana-mana, asyik tengok televisyen dan beri sokongan kepada kita (atlet negara). Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghadiahkan pingat seperti diharapkan,” katanya selepas perlawanan tersebut.
Pada aksi di Musashino Forest Sport Plaza di sini malam ini, Zii Jia tumpas kepada juara bertahan Chen Long meskipun pada awalnya mempamerkan rentak permainan yang bertenaga.
Zii Jia bermula cemerlang di set pertama dengan kemenangan 21-8, namun tumpas 19-21 di set kedua sebelum hilang tumpuan pada set penentuan apabila kecundang 5-21.
Zii Jia, yang membuat penampilan pertama pada temasya Olimpik, sebelum ini adalah antara atlet Malaysia diletakkan sandaran untuk meraih pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik Tokyo.
Sementara itu, pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu mengakui pada perlawanan tersebut, hanya pengalaman yang membezakan beliau dengan pemain China yang berada di ranking keenam dunia itu.
"Pada set pertama, saya menguasai keseluruhan permainan. Tetapi pada set kedua, saya banyak membuang mata dan cuba mengejar untuk mendapatkan mata bagi meraih kemenangan penting itu tetapi gagal.
"Bermula set ketiga, saya hilang fokus. Dalam situasi itu, Chen Long dengan pengalamannya dapat mengawal keadaan. Banyak lagi yang perlu saya belajar,” katanya.
Zii Jia, bagaimanapun berkata kekalahan itu bukan penamat kepada kariernya, sebaliknya beliau akan bangkit untuk meraih kejayaan demi kejayaan pada kejohanan akan datang.
"Tidak perlu fikir banyak. Saya tidak menyesal, tiada alasan...seperti yang saya katakan, ini Olimpik pertama saya, dan saya perlu banyak berusaha dan benar-benar bersedia pada kejohanan-kejohanan akan datang,” katanya. -Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... at-hadiahkan-pingat
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lee Zii Jia - Foto BAM |
|
|
|
|
|
|
|
It's ok Jii Zia. You had done your best. Bukannya kalah straight set. First set menang. Ada fight jugak la. Sedangkan Chong Wei pun berputih mata emas olimpik dek Chen Long ni. Zaman covid ni memang susah nak maintain fitness yg diperlukan atlet. Hence one of the reason. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
awal sgt jumpa chen long kan...meme badi atlet malaysia kalu jumpa china ni..hmmm tapi tula,dia muda lagi..ada potensi harap next olimpik dia akan bersinar
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok...muda lg... Boleh cuba utk 2 olimpik lg... Pasni perbykkan strategi utk lawan pemain2 berpengalaman ni especially dr china so that diorg ssh nk agak which strategy u choose to play with them... My opinion kena kurangkan buat silap, pelbagaikan teknik pukulan dan kena ada taktikal tertentu utk lawan player cam chen long ni.. jgn terlalu harap utk dpt points mudah dr lawan...jgn amik mudah setiap opponent dan bermain seolah2 itu adalah perlawanan terakhir... Harap ada la pairing yg bagus2 utk berlatih ngan dia...and kita pun xle harap dia sorg je nk pikul kena ada backup spy dia rasa lebih selesa...xde rasa beban sgt...nanti jadik cam lcw terpaksa tanggung beban sorg2... |
|
|
|
|
|
|
|
sokay lzj. takde rezeki. awal sangat bertemu bang long
sedikit sedutan dari twitter |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
xpdckelate replied at 30-7-2021 08:35 AM
awal sgt jumpa chen long kan...meme badi atlet malaysia kalu jumpa china ni..hmmm tapi tula,dia mu ...
Yes dia ada potensi. Byk masa lagi.
Chong Wei di puncak dunia ketika diputihmatakan oleh Chen Long. Mungkin ada betulnya pendapat xpdckelate yg atlet badminton kita mcm ada badi jumpa China.
Saya OT sekejap yea.
Btw badi ni pernah ditamatkan oleh Rashid Sidek & geng di semifinal Thomas Cup 92. We even win the cup. Rashid touted as biggest hope for our first Olympian gold. Impact kekalahan China ni menurunkan morale& prestasi pemain mereka for few years. But we didn't fully took that advantage by our own inconsistencies. Therefore some foreign media even labelled our players as one hit wonder or Jaguh kampung.
Kenapa sy highlight kan Thomas Cup semifinal 92? Such an epic match. The best of Malaysia. Dr pemain, penyokong and everything. The day every Malaysian united no matter who. Of course we success at the end. How proud I am to be a Malaysian. Rindu such a time like that. Hope it will happen again. |
|
|
|
|
|
|
| |
|