CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 915|Reply: 1

‘Perjalanan kami masih panjang’

[Copy link]
Post time 30-7-2021 07:44 AM | Show all posts |Read mode
PENYANDANG juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) masih belum memikirkan soal kejuaraan Liga Super musim ini sekalipun sudah mula menjarakkan diri dengan pencabar terdekat, Terengganu FC (TFC).

Pengendali JDT, Benjamin Mora berkata, perjalanan Harimau Selatan masih jauh bagi memburu kejuaraan Liga Super buat kali kelapan berturut-turut musim ini.

“Ya... sejak perlawanan pertama lagi kami bertekad untuk mengekalkan kejuaraan musim ini. Malah, (jurang) enam mata ini merupakan satu kelebihan yang positif buat kami dalam mengharungi baki saingan liga.

“Namun, perjalanan liga masih lagi jauh dan kami tidak tahu berkemungkinan akan ada kejutan daripada pasukan lain walaupun pasukan itu berada di kedudukan bawah liga.

“Kami menyedari situasi ini, jadi kami akan lebih berhati-hati dengan memberi fokus satu perlawanan ke satu perlawanan. Apapun tiga mata malam ini (Rabu) penting kerana ia memberi keyakinan kepada pemain,” katanya.

JDT terus mengekalkan momentum positif apabila menundukkan seteru utama Selangor FC 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, pada Rabu.

Kemenangan ke-11 yang diraih itu membolehkan JDT melebarkan kedudukan di persada Liga Super dengan kelebihan enam mata di depan TFC yang tewas 0-2 kepada Melaka United FC di Stadium Hang Jebat.

Pengendali Selangor FC, Karsten Neitzel pula menganggap kegagalan anak-anak buahnya menyudahkan beberapa peluang terutama pada babak kedua menjadi antara punca Red Giants gagal meraih keputusan positif.

“Kami perlukan mata dan persembahan yang baik. Tetapi kami perlu tingkatkan hantaran terakhir, penyudah dan juga transisi dalam permainan.

“Kami perlu bekerja lebih keras dan akan kehilangan beberapa pemain untuk perlawanan seterusnya kerana kad kuning dan masalah kecederaan.

“Sekarang tempoh yang sukar bagi kami, tapi kami akan hadapi cabaran itu. Kami perlu lakukan proses pemulihan dengan baik dan saya akan lihat beberapa pemain daripada pasukan kedua,” ujarnya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -kami-masih-panjang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2021 07:44 AM | Show all posts

Pemain JDT meraikan kejayaan apabila menundukkan seteru utama Selangor FC 3-1 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, pada Rabu. - Foto JOHOR Southern Tigers
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.055297 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list