CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 835|Reply: 4

Ewe Teik perkenalkan sistem kad warna

[Copy link]
Post time 2-8-2021 06:54 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Begitulah perumpamaan yang boleh diberikan kepada tokoh ilmuan bola sepak Asia, Datuk Koe Ewe Teik yang sehingga kini masih diingati sebagai antara pentadbir bola sepak yang disegani serta dihormati seantero dunia.

Mungkin namanya tidak segah pentadbir bola sepak seperti Sepp Blatter ataupun Michel Platini, namun sebenarnya sumbangan Ewe Teik cukup besar dalam mencorak sistem permainan bola sepak yang kekal hingga kini.

Mendianglah sebenarnya individu pertama yang mencadangkan sistem kad warna bagi mengatasi halangan komunikasi, yang kemudian diterjemah sebagai kad kuning dan merah.

Malah, beliau juga meyakinkan FIFA mengenai penentuan sepakan penalti dalam menentukan pemenang perlawanan kalah mati diterima pembuat dasar dalam FIFA dan IFAB (Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa) selain pencetus inspirasi kepada pengenalan sistem nombor untuk penggantian pemain.

Menurut Profesor Tomlinson dari Pengajian Riadah (Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan) di University of Brighton yang dipetik dalam buku berjudul 'Sower and Weaver, The Life of a Man - Koe Ewe Teik', bekas Setiausaha Agung AFC itu sebagai individu 'pertama' mencetus idea "sistem kad warna", iaitu kad merah untuk kesalahan dan kad hijau untuk keluar padang - melambangkan lampu isyarat jalan, merah untuk berhenti dan hijau untuk jalan.


Tokoh bola sepak Asia. FOTO Ihsan FAM

"Dia mampu meyakinkan jawatankuasa dalam mengemukakan idea ini dan akhirnya diuji dalam perlawanan kelayakan Olimpik sekali gus diterima pakai dengan penambahbaikan pada 1966.

"Walaupun Rous (Sir Stanley Rousse-Bekas Presiden FIFA dari 1961-1974) orang mentor yang baik, atas kapasiti beliau sebagai Presiden FIFA, kredit diberi kepadanya walaupun idea itu cetusan ilham Ewe Teik".

Untuk rekod, selain menjawat jawatan selaku Setiausaha Agung AFC pada 1966, beliau juga menjadi orang bukan Eropah pertama dilantik sebagai perwakilan FIFA ke IFAB, iaitu forum merangka undang-undang permainan yang dipinda dari semasa ke semasa sehingga ke hari ini.

Selama hampir 17 tahun mendiang mengabdikan dirinya dalam Jawatankuasa Pengadil FIFA, tujuh daripadanya sebagai Timbalan Pengerusi, beliau berkhidmat di bawah dua bekas Presiden FIFA iaitu Rous dan Joao Havelange sebelum mengundur diri dari pentas dunia pada 1979.

Walaupun tokoh bola sepak yang paling berilmu di Asia itu sudah meninggalkan kita selama empat dekad, namun namanya tidak lapuk dek zaman.
Legasinya kekal terpelihara sebagai perintis pentadbir bola sepak bertaraf dunia yang menjadi penyuluh jalan generasi hari ini.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2021 06:55 AM | Show all posts

Ewe Teik (kanan) pernah berkhidmat di bawah Presiden FIFA. FOTO Ihsan FAM
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Serba salah nak sebut nama betul heols.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2021 07:38 AM | Show all posts
AnnaSendin replied at 2-8-2021 07:24 AM
Serba salah nak sebut nama betul heols.

jangan salah sebut lain plak bunyinya
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 2-8-2021 07:38 AM
jangan salah sebut lain plak bunyinya

Kang kena saman
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.103747 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list