CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 777|Reply: 1

Skuad B-20 'berguru' di wilayah Tibet

[Copy link]
Post time 2-8-2021 07:08 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Wilayah Tibet nampaknya bakal menjadi lokasi utama buat skuad bawah 20 (B-20) tahun negara bagi segera menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk menjelang Kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Mongolia dari 27-31 Oktober ini.

Antara beberapa negara yang dilihat berpotensi adalah Nepal, China ataupun Mongolia di mana berdasarkan semakan di laman web ramalan kaji cuaca antarabangsa menyaksikan Mongolia akan mengalami musim sejuk yang ekstrim di bawah suhu negatif iaitu -1 hingga -5.

Jelas pengendali skuad negara, Brad Maloney, tiga negara yang dicadangkan itu dilihat sesuai bagi membolehkan pemainnya segera menyesuaikan diri dengan keadaan sejuk di Mongolia nanti.

Katanya, meskipun undian AFC B-23 akan dijalankan semula ekoran tindakan Korea Utara menarik diri, namun buat masa ini itulah perancangan yang sedang diatur oleh barisan pengurusan pasukan.

"Kita sedar undian akan dilakukan semula tetapi kalau ikut perancangan kita ke Dubai terlebih dulu untuk menjalani latihan bersama pemain-pemain tempatan dan yang berada di luar negara.

"Selepas itu kita merancang untuk ke beberapa negara sama ada Nepal, China atau Mongolia bagi memastikan pemain segera menyesuaikan cuaca sejuk yang dijangka melanda Mongolia.

"Walaupun undian akan dibuat semula, kita tak tahu kemungkinan kita boleh sekali lagi duduk sekumpulan dengan Mongolia kerana berdasarkan format undian nanti, pasukan tuan rumah dari kumpulan G hingga J akan kekal.

"Tapi jika kita sekumpulan dengan pasukan lain, kita akan ubah balik perancangan itu mengikut situasi pasukan yang akan ditemui nanti," katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Sebelum ini, AFC mengesahkan Korea Utara menarik diri daripada kelayakan itu dan menyaksikan undian semula bagi semua pasukan di Zon Timur akan dilakukan AFC pada 11 Ogos ini.

Skuad negara yang diletakkan dalam kumpulan mudah bersama dua lgi pasukan Asean iaitu Thailand, Laos dan Mongolia dalam Kumpulan J kemungkinan bakal berdepan lawan lebih kuat seperti Australia, Jepun mahupun Korea Selatan pada undian semula itu nanti.


sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2021 07:09 AM | Show all posts

BRAD Maloney (tengah) menggalas misi penting bersama skuad B-20. FOTO Aswadi Alias
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.136231 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list