View: 901|Reply: 2
|
AS kempunan angkara gogal terlucut
[Copy link]
|
|
Tokyo: Amerika Syarikat (AS) terlepas peluang meraih pingat dalam acara renang berganti-ganti campuran selepas gogal dipakai perenang berusia 17 tahun, Lydia Jacoby terlucut semalam.
Gogal Lydia terlucut sejurus dia terjun ke kolam untuk saingan peringkat kedua acara kuak dada ketika pasukannya terikat di tempat pertama.
Namun insiden itu menyebabkan pasukannya sekadar menduduki tempat kelima, tiga saat di belakang pemenang Great Britain yang mencipta rekod dunia dalam acara itu.
AS bermula dengan baik apabila kuakan bertenaga Ryan Murphy membolehkan mereka terikat dengan perenang Itali tetapi sebaik sahaja Lydia terjun ke kolam, gogal dipakai terlucut ke mulutnya.
Dia yang hanya memakai satu 'cap' berbanding dua kebiasaannya sukar melihat dinding sekali gus menyukarkan renangannya dan menyebabkan AS ketinggalan di tempat kelapan.
Walaupun perenang terakhir Caeleb Dressel yang merupakan perenang terpantas dunia berusaha sebaik mungkin, jurang dengan pasukan lain sudah terlalu jauh namun mereka masih mampu berakhir di tempat kelima.
'Saya memang panik,'' kata Lydia. 'Giliran saya paling sukar kerana saya tidak dapat melihat dinding.''
Dressel pula yang menyasarkan enam pingat emas di Tokyo berkata keputusan itu sukar diterima.
'Kami gagal melakukannya dengan baik. Tempat kelima tidak boleh diterima kerana sasaran kami ialah emas,'' katanya.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lydia Jacoby |
|
|
|
|
|
|
|
adat pertandingan, benda berlaku x dijangka |
|
|
|
|
|
|
| |
|