CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 821|Reply: 3

AS, Sepanyol buat perhitungan hidup mati

[Copy link]
Post time 2-8-2021 08:25 PM | Show all posts |Read mode
Saitama: Salah satu daripada dua kuasa besar bola keranjang dunia akan tersingkir daripada Olimpik apabila Amerika Syarikat (AS) dan Sepanyol bertarung pada suku akhir esok yang juga pertarungan ulangan merebut pingat emas pada 2008 dan 2012.

Kedua-dua pasukan terpaksa bertemu lebih awal selepas Sepanyol tewas 87-95 kepada Slovenia untuk menduduki tempat kedua kumpulan sekali gus tersisih daripada undian selaku pilihan utama.

AS yang diketuai Kevin Durant tewas kepada Perancis pada aksi pembukaan yang kemudiannya muncul juara Kumpulan A -- kali pertama AS tewas di Olimpik sejak 2004 untuk menduduki tempat kedua.

Walaupun bermula dengan hambar termasuk dua kekalahan ketika persediaan Olimpik, jurulatih AS, Gregg Popovich berkata pasukannya kembali temui momentum dan bersedia untuk aksi hidup mati dengan Sepanyol.

"Kami berada lapan bola di belakang pada awalnya tetapi kami semakin baik selepas itu,'' katanya selepas menewaskan Republik Czech pada aksi terakhir kumpulan.

"Kami masih lagi ada ruang perbaiki kelemahan dan pada masa sama jika anda tidak menghormati lawan, anda akan ditimpa masalah. Jadi, kami belajar daripada situasi itu.''

Sudah pasti satu kejutan jika Sepanyol mara berdasarkan reputasi AS sebagai juara bertahan Olimpik tiga kali, meraih pingat dalam kesemua 18 Olimpik yang mereka sertai, meraih 15 emas, satu perak dan dua gangsa.

Mereka juga memiliki pencapaian hebat di Olimpik dengan rekod sepanjang zaman 140-6.

AS menewaskan Sepanyol 107-100 pada final Olimpik London 2012. Mereka juga meraih emas di Beijing empat tahun sebelum itu apabila mengatasi lawan sama 118-107.

Kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi Rio tetapi pada peringkat separuh akhir yang turut dimenangi AS 82-76.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2021 08:26 PM | Show all posts

POPOVICH (tengah) meraikan kemenangan selepas AS menewaskan Republik Czech. FOTO EPA
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 09:56 PM | Show all posts
Kita tunggu dan lihat keputusannya
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Team basketball us  skrg mmg tak boleh lawan dgn dream team 1992 olimpik barcelona  beza standard jauh giler...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.533469 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list