View: 930|Reply: 2
|
Kelly lebih bersedia beri saingan
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Bakal membuat penampilan kali kedua di Sukan Olimpik, pemain golf wanita negara, Kelly Tan nyata tidak sabar untuk membuktikan kemampuannya bersaing dengan barisan pemain golf terhebat dunia di Kasumigaseki Country Club, bermula Rabu ini.
Kelly membuat penampilan kali pertama di Rio 2016 dengan menduduki tempat ke-51 daripada 60 peserta dan ia pastinya pengalaman cukup berharga kepadanya ketika itu.
Kali ini, Kelly tampil dengan reputasi lebih hebat dan berpengalaman apabila beraksi di Jelajah Persatuan Profesional Golf Wanita (LPGA).
Sudah tiba di bumi Tokyo dan berkesempatan menjalani latihan awal, Kelly tampak bersedia untuk penampilan keduanya di temasya sukan terbesar dunia itu.
"Pertamanya saya sangat berbangga kerana dapat mewakili Malaysia sekali lagi untuk saingan golf di Sukan Olimpik, minggu ini. Saya harap dapat memperoleh pingat.
"Saya tahu anda di Malaysia sedang berdepan kesukaran dengan pandemik Covid-19. Saya harap mewakili negara pada kali ini dapat memberikan kegembiraan kepada anda yang menyaksikan setiap aksi di rumah," katanya kepada gilagolfers yang dikongsikan di Instagram miliknya.
Kelly layak beraksi di Tokyo selepas menduduki ranking ke-42 daripada 60 peserta dalam ranking Olimpik.
Persatuan Golf Malaysia (MGA) sebelum ini tidak meletakkan sebarang sasaran kepada Kelly serta pemain golf lelaki negara, Gavin Green.
Gavin sudah menamatkan kempen di Olimpik dengan menduduki tempat ke-57.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KELLY akan tampil kali kedua di temasya Olimpik selepas Rio 2016. - FOTO Kelly Tan |
|
|
|
|
|
|
| |
|