View: 728|Reply: 2
|
Menang perak Olimpik pada usia 62 tahun
[Copy link]
|
|
Tokyo: Peserta Australia, Andrew Hoy muncul pemenang pingat paling tua di Sukan Olimpik sejak 1968 apabila memenangi perak dalam acara 'eventing' ekuestrian berpasukan di Tokyo 2020, hari ini.
Secara keseluruhan, ia adalah pingat temasya Olimpik kelima buat Hoy, 62, termasuk tiga daripadanya emas - tetapi pingat pertama sejak Sydney 2000.
Hoy tidak terhenti di situ apabila tidak lama kemudian menang gangsa bagi acara individu 'eventing'.
"Saya sangat bertuah apabila orang berbicara mengenai usia saya ketika ini kerana apabila saya mula menyertai sukan ini, saya berbangga sebagai peserta paling muda dalam pasukan," kata Hoy, yang merangkul pingat Sukan Olimpik pertama pada 1992 di Barcelona.
"Apabila orang berjumpa saya di kampung, mereka bertanya, 'Hey, anda buat apa di Olimpik? Anda jadi pegawai?'.
"Tetapi saya menjawab, 'Saya adalah atlet'."
Hoy belum cukup tua jika dibandingkan dengan pelayar Switzerland, Louis Noverraz, yang menang perak di Olimpik Mexico City 1968 ketika berusia 66 tahun.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PASUKAN ekuestrian Australia (dari kiri), Shane Rose, Kevin McNab dan Andrew Hoy menang perak acara eventing di Tokyo 2020, hari ini. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah diucapkan kepada Atlit dari Aussie ini |
|
|
|
|
|
|
| |
|