View: 840|Reply: 1
|
Azizul, Shah dalam tahap terbaik
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: "Apa yang ingin saya katakan kepada anda ialah kami pergi ke Tokyo untuk membawa pulang pingat emas. Sama ada kami mampu melakukannya atau tidak bergantung kepada hari perlumbaan.
"Demikian keyakinan disuarakan jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley sebelum melihat kedua-dua anak buahnya, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom bakal memulakan pemburuan pingat Olimpik Tokyo, Rabu ini di Velodrom Izu.
Selepas sekian lama membimbing kedua-duanya, Beasley mengakui baik Azizul mahupun Shah, mereka kini berada pada tahap paling terbaik.
"Ia adalah persediaan paling rapi yang kami lalui sepanjang saya terbabit dengan Olimpik. Kami hanya mampu mengawal mengenai apa yang kami boleh lakukan. Kami tidak dapat mengawal bagaimana situasi atlet lain.
"Apa yang boleh kami lakukan adalah fokus kepada prestasi sempurna dan saya percaya kita dapat mencapainya pada hari perlumbaan. Kita mampu menamatkan saingan di kedudukan teratas," katanya.
Jelas Beasley, Olimpik kali ini cukup berbeza dan sangat unik kerana pandemik Covid-19 menyebabkan tiada atlet yang dapat bersaing dalam banyak pertandingan seperti kebiasaannya untuk persediaan rapi ke Olimpik.
"Jadi saya rasa ia memberi kelebihan kepada atlet senior yang sudah mencapai tahap tertinggi mereka. Saya percaya mereka lebih bersedia dari sudut mental dengan cabaran yang akan dihadapi.
"Sebab mereka sudah berlumba lebih banyak berbanding atlet muda," katanya.
Azizul atau nama gelarannya 'The Pocket Rocketman' menjadi tumpuan utama pada Olimpik kali ini untuk menghadirkan pingat emas pertama kontinjen negara selepas menyumbang gangsa di Rio 2016.
Dia serta Shah akan memulakan aksi menerusi acara pecut bermula Rabu ini sebelum disusuli acara keirin.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
John Beasley (kanan) dan Azizulhasni yakin perbaiki prestasi di Rio. |
|
|
|
|
|
|
| |
|