View: 793|Reply: 1
|
Mings alami masalah kesihatan mental menjelang Euro 2020
[Copy link]
|
|
London: Bek tengah England, Tyrone Mings mengakui dia berdepan masalah kesihatan mental di awal kempen Euro 2020 selepas pengkritik mempersoalkan sama ada dia layak bersama pasukan itu.
Mings bermula dalam kesebelasan utama ketika dua aksi awal England di Euro 2020 menentang Croatia dan Scotland pada ketika Harry Maguire sedang pulih daripada kecederaan buku lali.
Menyedari kesangsian dalam kalangan penonton dan pengulas mengenai kemampuannya beraksi di peringkat tertinggi, bek tengah Aston Villa itu mendapatkan pandangan pakar psikologi untuk membantunya berdepan tekanan itu.
Mings beraksi dengan meyakinkan apabila England tidak bolos ketika dia diturunkan, sebelum digantikan dengan Maguire untuk baki saingan sehinggalah ke final sebelum England kecundang tangan Ittali.
"Saya berdepan saat sukar sebelum perlawanan pembukaan menentang Croatia," kata Mings kepada The Sun.
"Saya fikir kesihatan saya menurun ketika itu dan saya tidak malu mengaku kerana terlalu banyak yang tidak diketahui sebelum saya diturunkan.
"Bagi sesetengah orang, saya hanyalah satu nama pada senarai pemain. Mereka tidak percaya kemampuan saya dan itulah yang terpaksa saya atasi.
"Apabila 90-95 peratus daripada penyokong skuad kebangsaan meragui anda, memang sukar anda menyekat perasaan itu bermain dalam fikiran.
"Jadi, saya berjumpa pakar psikololgi. Ia memang sukar dan saya tidak dapat tidur lena sebelum perlawanan pertama itu."
Gimnas ternama Amerika Syarikat (AS), Simone Biles menjadi tajuk berita di Olimpik Tokyo 2020 apabila menarik diri dalam beberapa acara kerana mengalami masalah kesihatan mental.
Pemain kriket England, Ben Stokes turut berehat seketika daripada sukan itu untuk kesejahteraannya.
Mings, 28, pecaya memang bagus untuk mengadakan dialog terbuka mengenai kesihatan mental dalam sukan.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
TYRONE Mings diturunkan sebagai bek tengah England pada dua perlawanan awal di Euro 2020. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|