CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 847|Reply: 1

Buruan emas belum berakhir

[Copy link]
Post time 3-8-2021 07:12 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Satu pingat sudah diperoleh menerusi gangsa sumbangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan kini tinggal dua termasuk kilauan emas pertama perlu diburu bagi memenuhi sasaran yang ditetapkan untuk kontinjen negara di Olimpik Tokyo.

Ketika temasya sukan terbesar dunia itu semakin menuju ke penghujungnya, sasaran itu tampak sukar dipenuhi namun sebenarnya prospek pingat negara selepas badminton hanya akan bermula esok menerusi acara terjun 10 meter (m) platform individu wanita serta berbasikal trek.

Dalam acara terjun, Pandelela Rinong serta Cheong Jun Hoong akan beraksi pada peringkat saringan di Pusat Akuatik Tokyo sebelum 18 penerjun terbaik akan layak ke separuh akhir.

Paling dinanti-nantikan tentunya di Velodrom Izu apabila dua jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom bakal memulakan aksi mereka menerusi acara pecut.

Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong berkata, tidak mustahil mencapai sasaran yang cukup berani itu.

Namun katanya, segala-galanya bergantung kepada prestasi semasa atlet yang menjadi sandaran utama seperti Azizul dan Pandelela.

"Harapan sekarang sememangnya terletak di bahu Azizul dengan mengharapkan Shah dapat membantunya. Untuk terjun pula pastinya Pandelela dan Jun Hoong menjadi tumpuan.

"Tapi sejak kebelakangan ini saya lihat prestasi atlet terjun tidak berapa baik. Olimpik pentas berbeza dan saya harap kedua-dua mereka dapat membuktikan sesuatu," katanya.

"Kedua-duanya mempunyai pengalaman terutama Pandelela yang pernah menang gangsa di London 2012 dalam acara sama dan kemudian perak di Rio bersama Jun Hoong," katanya.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2021 07:13 AM | Show all posts

PINGAT PERTAMA... Regu badminton lelaki negara Aaron Chia (kanan) dan Soh Wooi Yik (kiri) bergambar bersama pingat gangsa yang dimenangi selepas mengalahkan regu dari Indonesia di temasya Olimpik Tokyo 2020 di Mushashino Sports Plaza 31 Julai lalu. FOTO BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 10:47 AM GMT+8 , Processed in 0.042655 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list