|
Tokyo: Atlet terjun Kanada, Pamela Ware berdepan detik mengecewakan dalam kariernya selepas mencatat mata 0.0 dan gagal layak ke final 3 meter papan anjal wanita di Sukan Olimpik Tokyo.
Atlet berusia 28 tahun itu yang kali pertama beraksi di Olimpik terjun ke kolam dengan kaki mencecah air terlebih dahulu susulan bimbang ditimpa kecederaan pada percubaan terakhirnya.
Pamela tersilap langkah ketika melakukan 'difficulty' 3.5 dan terpaksa melupakan percubaan kedua sekali gus pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2013 itu hanya mencatat mata 0.0
Dia kemudiannya mengakui dia mungkin cedera jika tidak menarik diri.
"Saya rasa jika saya teruskan terjunan, saya mungkin mencederakan diri sendiri."
Pamela dalam video Instagram berkata, dia tetap bangga dengan pencapaiannya di sebalik kesilapan itu.
Menurutnya: "Saya tetap bangga dengan diri saya, sesuatu yang sukar. Apa yang anda lihat ketika pertandingan hanyalah faktor kecil berbanding apa yang kami lakukan untuk sampai ke sini.
"Saya sudah bersedia untuk temasya, namun membuat kesilapan. Ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja tetapi ia berlaku pada saya pada masa yang salah.''
Penerjun Mexico, Arantxa Chavez, 30, turut mencatat markah 0.0 selepas melakukan kesilapan sama pada saingan kelayakan.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PAMELA tetap bangga dengan pencapaiannya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|