View: 785|Reply: 1
|
Hendal tercabut ketika berlumba
[Copy link]
|
|
Tokyo: Pelumba Australia, Alex Porter ditimpa malang selepas hendal basikalnya tercabut menyebabkan dia terbabas ketika menyertai acara kejar mengejar berpasukan di Sukan Olimpik semalam.
Pelumba berusia 25 tahun itu terbabas pada kelajuan 65km/h dan tiga rakan sepasukan kemudiannya meminta perlumbaan semula.
Insiden itu menyebabkan Australia hanya menduduki tempat kelima dan gagal layak ke final selepas Great Britain merampas tempat keempat.
Sejurus tamat perlumbaan, juara enam kali Olimpik, Chris Hoy berkata: "Insiden itu sangat pelik dan jarang berlaku. Ia menyebabkan keyakinan semua pelumba terjejas kerana mereka mungkin berpendapat perkara sama boleh menimpa mereka.''
"Saya teringat insiden sama beberapa tahun lalu yang menimpa [Aleksandr] Kirichenko. Hendalnya tercabut namun saya rasa dia masih mampu menang perak atau gangsa tapi ia sangat jarang berlaku."
Ditanya punca hendal boleh tercabut, Hoy menambah: "Mungkin berlaku kerosakan. Karbon fiber adalah bahan yang kuat tetapi jika berlaku kerosakan, memang sangat dramatik.
"Jika dia mampu meneruskan perlumbaan selepas itu, ia adalah satu pencapaian.''
Dalam perlumbaan semalam, Denmark mencipta rekod baharu Olimpik mengatasi Itali yang turut mencatat rekod baharu Olimpik pada pusingan awal manakala New Zealand ketiga dan Great Britain keempat.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
INSIDEN membabitkan Porter semalam. FOTO Agensi |
|
|
|
|
|
|
| |
|