View: 766|Reply: 1
|
Warholm catat rekod baharu dunia
[Copy link]
|
|
Tokyo: Jaguh Norway, Karsten Warholm mempamerkan larian menakjubkan untuk memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri sekali gus memenangi pingat emas acara 400 meter lari berpagar Olimpik sebentar tadi.
Warholm mencatat 45.94 saat (s), mengatasi catatan lamanya 46.70 saat. Hanya empat pelari dalam sejarah yang mencatat masa di bawah 47 saat.
Atlet Amerika Syarikat, Rai Benjamin meraih perak dengan masa 46.17s manakala gangsa milik jaguh Brazil, Alison Dos Santos dengan catatan 46.72s dengan kedua-duanya mencipta masa peribadi terbaik masing-masing.
"Ia kemenangan yang gila dan detik paling bermakna dalam hidup saya,'' kata Warholm ketika ditemui wartawan. Saya hanya fikirkan bahawa perasaan ini saya dapat rasakan ketika berusia enam tahun pada Krismas. Tetapi sebagai orang dewasa, anda tidak selalu dapat nikmatinya namun pada hari ini saya berjaya melakukannya.''
"Kejayaan ini juga amat bermakna selepas apa yang berlaku sebelum Olimpik. Saya teramat mengimpikan detik ini. Saya banyak menghabiskan masa untuk menjadikan kemenangan ini satu kenyataan.
"Pingat emas Olimpik sesuatu yang sentiasa diperkatakan orang. Saya tahu perlumbaan ini pasti yang paling sukar tetapi saya sudah sedia,'' katanya lagi.
''Jadi, dengan adanya pingat emas ini maka lengkaplah koleksi saya, " tambah juara dunia dua kali itu.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
WARHOLM gah dengan rekod baharu dunia. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|