CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1258|Reply: 2

Elaine cipta sejarah berganda selepas menang emas 200m

[Copy link]
Post time 3-8-2021 10:33 PM | Show all posts |Read mode
Tokyo: Ratu pecut Jamaica, Elaine Thompson-Herah mencipta sejarah Sukan Olimpik di Tokyo 2020 apabila menang emas acara 200 meter (m) wanita, hari ini, sekali gus juara berganda-ganda pecut wanita.

Elaine yang menang emas acara 100m dan 200m di temasya Olimpik Rio 2016, mempertahankan gelaran 100m pada Sabtu lalu dan hari ini merangkul emas keempat individu dengan catatan 21.53 saat.

Pelari pecut Namibia, Christine Mboma menang perak dengan catatan 21.81s manakala pelari Amerika Syarikat (AS), Gabby Thomas menang gangsa dengan catatan 21.87s.

Elaine, 29, mencatat masa kedua terpantas dalam sejarah selepas rekod dunia Florence Griffith Joyner, 21.34s dilakukan di Olimpik Seoul 1988, yang dicemari penggunaan dadah perangsang.

Selepas muncul wanita pertama menang acara 100m dan 200m berganda, Elaine turut muncul atlet wanita pertama menang empat emas individu bagi acara trek dan padang di Sukan Olimpik.

Dia bermula dengan laju dan langsung tidak digugat pelari lain.

Wujud kemungkinan Gabby dan pelari Jamaica, Shelly-Ann Fraser-Pryce akan menang perak dan gangsa, tetapi kedua-duanya dipintas Christine 20 meter sebelum garisan penamat, sekali gus perak milik pelari Namibia itu.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2021 10:33 PM | Show all posts

RATU pecut Jamaica, Elaine Thompson-Herah menang emas acara 200m wanita di Tokyo 2020, hari ini. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2021 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sangat fokus Thompson Herah ni patutlah memang double gold dua kali berturut-turut/di Rio dan Tokyo. Tapi di lubuk hati saya nak Shelly Ann Fraser Pryce naik podium sekali lagi untuk 200m ini, yang mana penyertaan Olympics keempat dia. Personaliti dia di trek sangat menarik, dengan rambut panjang bertukar warna setiap hari, petite untuk pelari, sentiasa tersenyum manis masa sesi pengenalan pelari dan sebelum kick start. Kalah pun masih boleh senyum dan boleh tepuk-tepuk lagi belakang pelari lain. Mungkin ini last Olympic kita dapat tengok Shelly sebab dah 34 tahun dia sekarang. All the best Shelly!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.052243 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list