View: 982|Reply: 2
|
'Tanpa kopi, saya tidak akan pernah menjadi juara Olimpik'
[Copy link]
|
|
SIFAN Hassan berkata dia mengucapkan terima kasih kepada kafein setelah memenangi pingat emas Sukan Olimpik pertamanya dalam jarak 5,000m semalam.
Atlet Belanda itu dalam usaha untuk memenangi acara 1500m, 5,000m and 10,000m.
Hassan, yang merupakan atlet kelahiran Ethiopia, mempamerkan pecutan dalam pusingan terakhir untuk menang dengan catatan 14 minit 36.79 saat, tetapi nampaknya dia memerlukan sedikit bantuan untuk membawanya ke garisan penamat.
"Tanpa kopi, saya tidak akan pernah menjadi juara Olimpik," dia bergurau ketika ditanya wartawan.
Jadual padat Hassan menyaksikan dia akan berlari dalam enam perlumbaan jarak tengah-jarak jauh dalam tempoh lapan hari.
Dalam perlumbaan 1500m, dia bangkit selepas jatuh sebelum menamatkan sesi kelayakan di tempat pertama.
"Saya tidak boleh mempercayainya. Sungguh mengerikan ketika saya terjatuh," katanya.
"Selepas saya jatuh dan terpaksa bangkit, saya berasa seperti menggunakan banyak tenaga. Saya tidak percaya perasaan di kaki saya. Semua tenaga seolah-olah meninggalkan saya.
"Saya sangat penat. Tanpa kopi, saya tidak akan menjadi juara Olimpik. Saya memerlukan semua kafein!"
Juara dunia dua kali dari Kenya, Hellen Obiri, meraih perak (14:38.36), dengan wakil Ethiopia, Gudaf Tsegay, meraih gangsa. - Sumber Awani
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... njadi-juara-Olimpik
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Atlet Belanda itu dalam usaha untuk memenangi acara 1500m, 5,000m and 10,000m. - Foto Olimpik Tokyo |
|
|
|
|
|
|
| |
|