View: 1089|Reply: 2
|
'Ratu' angkat berat nak bersara
[Copy link]
|
|
Tokyo: Atlet angkat berat, Laurel Hubbard mendedahkan dia mahu bersara daripada sukan itu selepas tersingkir di Olimpik Tokyo 2020.
Laurel yang berasal dari New Zealand melakar sejarah minggu ini apabila muncul atlet transgender pertama beraksi dalam acara individu di temasya sukan terbesar dunia itu.
Laurel yang beraksi dalam kategori 87 kilogram (kg) wanita, gagal melakukan tiga angkatan pertamanya sekali gus terus tersingkir daripada perebutan pingat.
Di sebalik memberi impak besar dalam sukan itu, atlet berusia 43 tahun berkenaan mendedahkan sedang mempertimbangkan untuk bersara sehari selepas melakukan penampilan pertama di Olimpik.
"Jelas sekali faktor usia semakin menyukarkan saya. Sebenarnya untuk lebih jujur lagi, ia adalah penghalang utama saya sebelum ini.
"Pembabitan saya dalam sukan ini adalah lebih kepada kempen pengurangan menggunakan ubat berunsur dadah untuk mengurangkan kesakitan.
"Mungkin sudah tiba masanya untuk saya memikirkan soal persaraan dan menumpukan kepada kehidupan lain," katanya.
Laurel yang menukar jantinanya kepada wanita ketika berusia 35 tahun, menyertai angkat berat selepas mematuhi garis panduan testosteron yang ditetapkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
Bintang New Zealand itu meluahkan rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk beraksi di Jepun namun enggan menyentuh mengenai sejarah yang dicipta di temasya berkenaan.
sumber : HMetro
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
AKSI Laurel semalam. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
|
Adoiii transgender nih....Kjap lagi makin ramai la spesis mcm nih dibenarkan bertanding |
|
|
|
|
|
|
| |
|