View: 1436|Reply: 5
|
Jantina Christine diragui
[Copy link]
|
|
Tokyo: Pemenang pingat perak Olimpik, Christine Mboma baru berusia 18 tahun dan mempunyai masa depan yang cerah dalam sukan olahraga.
Atlet pecut remaja wanita Namibia itu mencipta kejutan di temasya Tokyo apabila memintas barisan bintang lebih ternama untuk meraih pingat perak 200 meter dengan catatan 21.81 saat sekali gus rekod baharu dunia bawah 20 tahun.
Rakan sepasukannya, Beatrice Masilingi juga berusia 18 tahun yang menduduki tempat keenam turut menarik perhatian apabila mara ke final 200 meter dalam kejohanan utama pertamanya.
Tetapi kehadiran kedua-dua atlet wanita terbabit mencetuskan perdebatan mengenai peraturan yang membenarkan wanita yang mempunyai lebih testosteron dan bertubuh seperti lelaki mengambil bahagian dalam pertandingan.
Situasi terbabit mencetuskan tidak puas hati dalam kalangan atlet lain. Antaranya kritikan daripada ratu pecut Poland, Marcin Urbas.
"Saya mahu ujian dilakukan ke atas Christine bagi menentukan sama ada dia benar-benar seorang wanita,'' kata Marcin.
"Kelebihan testosteron dimilikinya berbanding atlet lain dapat dilihat dengan mata kasar. Bentuk fizikal, pergerakan, teknik dan pada masa sama, kepantasan serta ketahanan.
"Dia mempunyai parameter seperti budak lelaki berusia 18 tahun. Pada usia itu, catatan terbaik saya 22.01 dan dia pula mencatat 21.97 di Tokyo."
"Kami rasa seperti tidak adil kepada atlet wanita yang benar-benar seorang wanita.''
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
CHRISTINE meraikan kejayaan meraih perak. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya before this pun ada kes macam ni kan? Tapi tak ingat sukan apa |
|
|
|
|
|
|
|
Janganlah sebab dia laju pertikai jantina dia. Kalau dia kalah saringan ari tu rasanya tak pertikai kot. Saringan pun dah dapat no 2 ari tu. Tapi dia memang nampak maskulin berbanding peserta lain untuk acara ni. Yang no 6 pun sama. Kalau nak yang gegel lawa cantik manis yang menang no 3 tu si Gabrielle Thomas hihi. Mungkin body features Mboma dengan Masilingi dengan proportion lain sikit dari perempuan. Tapi dua orang sprinters ni memang muda, memang laju. Harap-harap takde kontroversi seperti Hubbard atlit transgender angkat berat New Zealand. |
|
|
|
|
|
|
|
BlackOpium replied at 5-8-2021 05:46 PM
Rasanya before this pun ada kes macam ni kan? Tapi tak ingat sukan apa
Caster Semenya pelari 800m Afrika Selatan. Kontroversi lepas menang gold kat London dan Rio. |
|
|
|
|
|
|
| |
|