View: 1027|Reply: 1
|
Shanne hadiah emas keirin wanita buat Belanda
[Copy link]
|
|
Shizuoka, Jepun: Shanne Braspennincx menghadiahkan pingat emas buat Belanda pada penampilan sulung di temasya Olimpik, apabila memenangi acara keirin wanita di Velodrome Izu di Tokyo 2020, hari ini.
Shanne mengatasi pelumba New Zealand, Ellesse Andrews dengan kelebihan 0.061 saat pada aksi final yang mendebarkan manakala pelumba Kanada, Lauriane Genest menang gangsa.
Kemenangan itu meneruskan aksi membanggakan skuad berbasikal Belanda di Tokyo 2020 apabila mereka memenangi lapan pingat termasuk empat emas, setakat ini.
Annemiek van Vleuten dan Anna van der Breggen menang emas dan gangsa acara ujian masa individu (ITT) wanita manakala Tom Dumoulin menang perak ITT lelaki dan Annemiek turut menang perak acara lebuh raya wanita.
Di trek pula, kuartet Belanda diketuai Harrie Lavreysen menewaskan Britain, Selasa lalu untuk menang emas pecut berpasukan lelaki dan emas serta gangsa dicapai Niek Kimmann dan Merel Smulders dalam acara BMX.
Shanne menang perak acara keirin di Kejuaraan Dunia pada 2015, tetapi dia bukan pelumba pilihan di Tokyo 2020 bagi acara paling sukar diramal itu.
Diperkenalkan di Jepun pada 1948, perlumbaan keirin membabitkan sekumpulan pelumba di belakang motosikal sebelum mereka memecut ke garisan penamat ketika perlumbaan berbaki dua pusingan.
Pelumba Jerman, Emma Hinze dianggap pilihan acara itu di Tokyo 2020, tetapi dia gagal melepasi separuh akhir apabila menduduki tempat terakhir dalam perlumbaan dimenangi Shanne.
sumber : HMetro
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PELUMBA Belanda, Shanne Braspennincx memenangi pingat emas acara keirin wanita di Tokyo 2020 di Velodrome Izu, hari ini. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|