View: 1028|Reply: 1
|
Final bola sepak wanita Tokyo 2020 diubah lokasi, masa
[Copy link]
|
|
Tokyo: Final bola sepak wanita Olimpik Tokyo 2020 antara Sweden dan Kanada, esok diubah dari Tokyo ke Yokohama dan jadualkan ditukar dari 11 pagi ke 9 malam, berikutan masalah cuaca panas.
Pegawai mengumumkan hari ini, perlawanan yang sepatutnya diadakan di Stadium Olimpik, Tokyo itu yang juga lokasi upacara pembukaan dan olahraga, susulan perbincangan antara penganjur, Persekutuan Bola Sepak Dunia (Fifa) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
"Dalam usaha memastikan keadaan terbaik buat pemain, perlawanan itu akan diadakan pada 9 malam di Stadium Antarabangsa Yokohama," kata penganjur menerusi kenyataan.
Keputusan mengubah lokasi dan jadual perlawanan itu dibuat selepas kedua-dua pasukan menyuarakan mengenai kesihatan dan keselamatan pemain masing-masing.
Ia berikutan suhu di ibu negara Jepun itu dijangka mencecah 33 darjah Selsius pada waktu tengah hari Jumaat.
"Mencadangkan final diadakan pada 11 pagi waktu tempatan di Jepun adalah bahaya secara langsung kepada kesihatan pemain berikutan cuaca panas melampau," tulis penjaga gol Sweden, Zecira Musovic di Twitternya.
"Sekali lagi, wang menjadi kepentingan utama dalam perbincangan yang tidak sepatutnya menjadi perbincangan."
Dalam aksi perebutan gangsa hari ini, dua gol masing-masing dijaringkan Megan Rapinoe dan Carli Lloyd memastikan Amerika Syarikat (AS) menewaskan Australia, 4-3.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PEMAIN AS bersorak selepas menewaskan Australia, 4-3 untuk menang gangsa acara bola sepak wanita di Tokyo 2020, hari ini. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|