CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 797|Reply: 1

Hendrawan yakin Zii Jia pelajari sesuatu

[Copy link]
Post time 6-8-2021 05:54 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Jurulatih pemain perseorangan negara, Hendrawan mengakui bahawa pengalaman yang membezakan antara Lee Zii Jia dan lawan yang lain dengan beliau yakin pemain itu kini sudah belajar sesuatu selepas tamatnya Olimpik.

Namun ada sesuatu yang lebih penting buat Zii Jia untuk menjadi yang terbaik iaitu memperbaiki dirinya sendiri.

Hendrawan berkata, Zii Jia sendiri perlu faham dan tahu apa yang perlu dia lakukan kerana terdapat jurang yang besar sebelum dia menjadi matang.

"Dia ada up and down. Kalah di Thailand, menang di Seluruh England dan jurang kekalahan dan kemenangan itu sangat besar. Ini yang kami jurulatih sedang lakukan untuk rapatkan jurang itu.

"Jika Zii Jia boleh kurangkan jurang itu, itu tandanya dia sudah matang tapi dia perlu lebih waktu. Saya selalu ingatkan kepadanya jika dia ada masalah dia perlu belajar untuk atasi kerana itu penting.

"Ini kerana banyak lagi kejohanan besar yang akan dia hadapi selepas ini," katanya.

Kata Hendrawan, perancangan sudah diatur buat pemain perseorangan nombor satu negara itu termasuk menjalani latihan di luar negara bagi mengelakkan kuarantin panjang di Malaysia.

"Mengikut perancangan, kami mungkin akan ke Bali untuk jalani latihan di sana sebelum menyertai Masters Indonesia dan Terbuka Indonesia. Selepas itu akan terus ke Kejohanan Dunia.

"Pasukan juga akan menyertai Piala Sudirman dan Piala Thomas di Denmark dan Perancis.

"Apapun semua itu bergantung kepada halangan Covid-19 ini. Kita akan berbincang mengikut kesesuaian keadaan," katanya.

sumber : Hmetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2021 05:55 PM | Show all posts

HENDRAWAN mengakui perancangan sudah diatur buat pemain perseorangan nombor satu negara itu termasuk menjalani latihan di luar negara. FOTO OWEE AH CHUN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.102610 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list