View: 776|Reply: 1
|
Usaha keras sejak usia 15 tahun bantu Tomala raih emas
[Copy link]
|
|
Tokyo: Atlet Poland, Dawid Tomala memenangi emas acara 50 kilometer (km) jalan kaki Olimpik, selasp berjaya mengharungi cuaca panas di sebelah pagi di Sapporo hari ini.
Dia yang berusia 31 tahun melintasi garisan penamat dengan catatan tiga jam 40 minit lapan saat (s), menyamai pencapaian rakan senegara, Robert Korzeniowski, yang memenangi acara berkenaan sebanyak tiga kali.
"Saya berusaha keras sepanjang hidup saya sejak berusia 15 tahun, di mana kali pertama menyertai latihan saya sudah berazam untuk menjadi pemenang pingat emas Olimpik.
"Pada mulanya saya mahu meraih emas dalam acara 20km namun semuanya berubah tahun ini. Saya mengambil bahagian dalam jarak lebih 50km di Dudince (meraih tempat kelima di Slovakia.
"Ini kali kedua saya saya mengambil bahagian dalam acara 50km sepanjang hidup saya (dia tidak menghabiskan perlumbaan jalan kaki 50km di Dudince pada 2017) dan saya muncul juara (Olimpik). Ia sangat tidak masuk akal," kata Tomala.
Atlet Jerman, Jonathan Hilbert menduduki tempat kedua dengan ketinggalan 36s, manakala wakil Kanada, Evan Dunfee mengulangi pencapaian meraih gangsa ketika menyertai Kejohanan Dunia 2019 di Doha, selepas mencatat masa 3:50:59s.
Acara ini tidak akan dipertandingkan di Paris 2024 bagi memberi laluan kepada acara baru yang membabitkan peserta campuran jantina.
Penganjur memindahkan perlumbaan berkenaan di Sapporo (1,100 kilometer) di utara Tokyo bagi mengelakkan atlet berdepan cuaca panas yang boleh mencecah sehingga 33 darjah celcius di tengah-tengah ibu negara Jepun itu.
Atlet Sepanyol, Jesusu Angel Garcia, 51, menamatkan perlumbaan di tempat ke-35 dalam penampilan kali kelapan di Olimpik.
Bekas juara dunia itu kali pertama beraksi di temasya berkenaan di Barcelona 1992.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
TOMALA berjaya meraih emas dalam acara 50km jalan kaki di OIimpik Tokyo. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|