View: 1015|Reply: 3
|
'Saya sudah bersedia untuk menang emas'
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Kini hanya tinggal acara basikal dan satu-satunya peluang buat atlet negara iaitu Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sharom menjelmakan pingat emas yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Kedua-dua harapan negara itu akan beraksi dalam acara keirin esok, selepas melihat peluang untuk mendapatkan pingat dalam acara pecut sukar.
Memang itu yang menjadi perancangan mereka bersama ketua jurulatih, John Beasley sebelum ini iaitu menukar percaturan dengan mengalih tumpuan kepada acara yang mempunyai peluang yang lebih untuk mendapatkan pingat selepas penganjur menyusun jadual pertandingan yang padat antara pecut dan keirin.
Selepas tamatnya saingan dalam acara pecut, Azizul dan Shah perlu merangka strategi dalam acara keirin agar mereka tidak perlu mengharungi saingan repechages nanti.
Tegas Azizul, tempoh rehat satu hari sebelum saingan bermula akan digunakan sepenuhnya untuk dia mengembalikan semua tenaga dan menambah segala nutrisi yang diperlukan badan.
"Kami akan top up nutrisi, kena makan cukup, buat regangan dan banyak rehat kerana kami sudah menempuh tiga hari penuh perlumbaan dan ia satu yang bagus walaupun penat tapi kami seperti membuka enjin untuk keirin dan saya pun tidaklah dalam situasi terlalu penat.
"Ini kerana keirin dan pecut, dua jenis perlumbaan yang berbeza. Kami tahu harapan yang diberikan dan sebagainya tapi bila kami sudah berada di tempat pertandingan dan hari perlumbaan, saya sudah bersedia untuk menang emas.
"Saya lihat peluang untuk kami bawa pulang emas itu tinggi dan apa yang saya harapkan saya dan Shah dapat masuk ke final. Itu langkah pertama," katanya.
Melihat kepada persaingan, peluang untuk menang itu terbuka kepada semua pelumba.
Namun kelibat dua pelumba Belanda iaitu juara dunia, Harrie Lavreysen dan pemenang rekod Olimpik dalam acara pecut, Jeffrey Hoogland mampu menjadi pemusnah sekiranya mereka mara ke final.
Juara bertahan dari Great Britain, Jason Kenny juga perlu diberi perhatian selepas gagal mempertahankan emas dalam acara pecut, pastinya Kenny tidak mahu melepaskan peluang dalam acara keirin.
sumber : Hmetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semoga berjaya mendapat pingat emas jijo dan shah |
|
|
|
|
|
|
|
Dari dulu tertanya2 apatu keirin |
|
|
|
|
|
|
| |
|