View: 870|Reply: 2
|
Barcelona tak mampu penuhi kontrak Messi
[Copy link]
|
|
Barcelona: Perbincangan antara Barcelona dan Lionel Messi sudah berakhir dan penyerang sensasi itu mahu mempertimbangkan tawaran lain, kata presiden kelab, Joan Laporta hari ini.
Laporta pada sidang media berkata, beliau tidak bersedia untuk 'meletakkan kelab di kedudukan berisiko' dengan menawarkan kontrak baharu kepada Messi ketika Barcelona berdepan masalah kewangan yang tenat menjelang musim baru La Liga.
"Semalam kami menyedari ia sudah berakhir. Saya ada bercakap dengan bapa Leo.
"Saya tidak mahu memberikan harapan palsu. Pemain itu mendapat tawaran dari kelab lain dan ada had masa kerana La Liga akan bermula tidak lama lagi.
"Dia memerlukan masa untuk menilai pilihan yang ada," kata Laporta.
Messi mencapai persetujuan dengan Barcelona untuk menandatangani lanjutan kontrak selama lima tahun tetapi ia akan menyaksikan pendapatannya berkurangan kepada 50 peratus setahun.
Peraturan kewangan fair play La Liga, yang dijangka mengurangkan had gaji Barca kepada kurang dari 200 juta euro (RM996 juta) musim ini, menyebabkan Laporta merumuskan bahawa mereka tidak dapat melengkapkan perbincangan dengan Messi.
"Kami tidak dapat memenuhi kontrak Messi," kata Laporta yang dilantik semula selaku presiden kelab itu, Mac lalu.
sumber : Hmetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MESSI akhirnya meninggalkan Barcelona. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
|
welcome to.....paree ke tuuu |
|
|
|
|
|
|
| |
|