View: 647|Reply: 1
|
Peres gembira buat rakyat Kenya bangga
[Copy link]
|
|
Sapporo: Peres Jepchirchir berjaya meraih kemenangan berturut-turut buat Kenya dalam acara maraton wanita Sukan Olimpik selepas mencatat masa dua jam (j) 27 minit 20 saat.
Atlet berusia 27 tahun itu yang juga juara dunia separuh maraton berjaya mengetepikan rakan senegara dan pemegang rekod dunia, Brigid Kosgei (2.27:36), manakala pelari Amerika Syarikat, Molly Seidel di tempat ketiga (2. 27:46).
"Saya berasa puas, saya sangat gembira kerana kami menang sebagai rakyat Kenya. Saya gembira untuk keluarga saya, saya gembira untuk negara saya," kata
Peres.
Peres mengulangi pencapaian rakan senegara, Jemima Sumgong, yang memenangi emas di Rio 2016 untuk menjadi atlet wanita pertama Kenya muncul juara dalam acara maraton.
Bagaimanapun, dia diuji positif menggunakan bahan terlarang EPO pada 2017, menyebabkan dia digantung selama lapan tahun.
Penganjur yang risau mengenai cuaca panas mengumumkan malam sebelum perlumbaan bahawa saingan dimulakan lebih sejam awal iaitu jam 6 pagi waktu tempatan.
Bagaimanapun, ramai pelari gagal menamatkan perlumbaan, termasuk juara dunia dari Kenya, Ruth Chepngetich.
Pelari lain melintasi garisan penamat dengan jelas dalam keadaan sukar termasuklah Ursula Sanchez dari Mexico.
Dia terhuyung-hayang melintasi garisan penamat sebelum dibantu oleh pegawai perlumbaan.
Peres mengakui bahawa mereka sangat bergelut berlumba berdepan dengan cuaca sedemikian.
"Ia memang sangat panas, bukan mudah. Saya berasa lega mampu mengharungi cuaca ini," katanya.
sumber : HMetro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PERES muncul juara maraton wanita Olimpik Tokyo. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|