View: 654|Reply: 1
|
Penutup yang baik untuk Kelly
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Pemain golf wanita negara, Kelly Tan akhirnya berjaya mempamerkan aksi cemerlang apabila dia menduduki tempat 34 dalam saingan individu wanita di Sukan Olimpik Tokyo 2020, sebentar tadi.
Pencapaian terbabit boleh dikatakan agak baik berbanding saingan sebelum ini malah turut memperbaiki pencapaian di Olimpik Rio 2016 selepas menamatkan acara berkenaan di kedudukan 51 secara keseluruhan.
Pada pusingan keempat yang berlangsung di Kasumigaseki Country Club menyaksikan pemain berusia 27 tahun negara itu mempamerkan aksi memukau apabila menamatkan saingan terbabit dengan berkongsi kedudukan bersama tiga pemain lain menerusi 64 pukulan, tujuh di bawah par.
Turut berada di kedudukan terbabit adalah pemain dari Taiwan Min Lee, Celine Boutier (Perancis) dan Pia Babnik (Slovakia).
Pada sembilan lubang pertama, Kelly melakukan satu bogey pada lubang ketujuh manakala dua birdie di lubang ketiga dan lapan sekali gus berjaya mengutip 282 pukulan secara keseluruhan.
Pada saingan terakhir itu, Pemain Amerika Syarikat (AS), Nelly Korda mempamerkan permainan begitu baik dengan membenam lima birdie untuk memimpin saingan menerusi 69 pukulan, dua di bawah par sekali gus berjaya mengatasi pemain lain untuk memperoleh emas.
Pingat perak pula berjaya dimenangi wakil dari Jepun Mone Inami manakala gangsa milik Lydia Ko dari New Zealand. Kedua-dua pemain itu terpaksa melalui pusingan playoff bagi menentukan kedudukan terakhir masing-masing selepas terikat menerusi pungutan 268 mata.
Mengikut rekod, Kelly layak beraksi di Tokyo 2020 selepas menduduki ranking ke-42 daripada 60 peserta dalam ranking Olimpik.
sumber : Hmetro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KELLY menamatkan saingan di tempat ke-34 selepas memberikan aksi terbaik di pusingan terakhir sebentar tadi. FOTO Bernama |
|
|
|
|
|
|
| |
|