View: 845|Reply: 1
|
Hati kau kental Shah Firdaus!
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Pelumba basikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mara ke suku akhir acara keirin selepas menduduki tempat kedua saingan repecharge di Velodrom Izu di Tokyo 2020, hari ini.
Kejayaan itu membolehkan Shah Firdaus mengiringi Datuk Azizulhasni Awang berentap di suku akhir, esok.
Shah Firdaus sebelum itu cedera bahu kiri dengan seluar dan bajunya terkoyak apabila terbabit dalam kemalangan ketika saringan kedua.
Dia dan seorang lagi pelumba yang terbabit dalam kemalangan itu tidak bermula apabila saringan kedua itu diulang semula dan hanya empat pelumba terbabit.
Di peringkat reperchage, Shah Firdaus memutuskan untuk berlumba biarpun pada permulaannya pegawai perubatan Institut Sukan Negara (ISN) tidak membenarkan untuk dia meneruskan aksi.
Beraksi pada pusingan repecharge terakhir, Shah Firdaus menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang Browne Kwesi dari Trinidad and Tobago.
sumber : Hmetro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PELUMBA basikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terjatuh dalam perlumbaan saringan kedua keirin Velodrom Izu di Tokyo 2020, hari ini. FOTO Bernama |
|
|
|
|
|
|
| |
|