View: 897|Reply: 1
|
Netizen mula serang FB, IG Jack Carlin
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Jangan sentuh pelumba Malaysia.
Itu amaran diberikan netizen kepada pelumba lain yang sengaja menyebabkan pelumba basikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom terjatuh pada saringan kedua acara keirin di Tokyo 2020, hari ini.
Pada pusingan berkenaan, Shah Firdaus terjatuh ketika bersaing dengan beberapa pelumba lain hingga menyebabkannya mengalami kecederaan bahu.
Antara yang menjadi 'mangsa' netizen Malaysia adalah pelumba Great Britain, Jack Carlin yang dikatakan menjadi punca Shah terjatuh dan netizen mula menyerang Facebook (FB) dan Instagram (IG) pelumba terbabit.
"Sangat memalukan, tiada semangat kesukanan, main kotor dan ini bukannya cara untuk memenangi pingat di Olimpik," kata Ain Hamzah.
"Kamu tiada semangat kesukanan dan tidak patut menyertai acara berbasikal kerana jelas kamu mengayuh untuk melanggar Shah," kata Tuah Jebat.
Walaupun cedera Shah Firdaus kemudian bersaing semula di reperchage sebelum menduduki tempat kedua dan mengiringi Datuk Azizulhasni Awang mara ke suku akhir acara keirin, esok.
Shah Firdaus yang cedera bahu akibat kemalangan itu pada mulanya tidak bermula apabila perlumbaan saringan kedua itu diadakan semula apabila pegawai perubatan Institut Sukan Negara (ISN) tidak membenarkan dia berlumba.
Namun, dia kemudian tampil di peringkat reperchage selepas diberi kebenaran dan menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang Browne Kwesi dari Trinidad and Tobago.
sumber : Hmetro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PELUMBA basikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom (kiri) terjatuh ketika saringan kedua acara keirin di Velodrom Izu, hari ini. FOTO Bernama |
|
|
|
|
|
|
| |
|