View: 713|Reply: 4
|
Misi cari skuad elit penerjun negara
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Persekutuan Renang Malaysia (MAS) tidak mahu terus 'meratapi' pencapaian kurang menjadi di temasya Olimpik Tokyo 2020, sebaliknya terus merangka strategi melahirkan lebih ramai penerjun hebat pada masa depan.
Setiausaha Kehormat MAS, Mae Chen berkata, pihaknya mahu beralih arah dengan memberi tumpuan kepada Sukan Asia, Komanwel dan Kejohanan Dunia tahun depan dengan memastikan atlet lebih bersedia serta mampu meraih kejayaan membanggakan.
Beliau berkata, MAS dalam rangka mencari bakat baharu yang boleh diketengahkan seterusnya menggantikan penerjun senior di peringkat antarabangsa.
"Saya agak kecewa kerana gagal membawa pulang pingat untuk negara dari Olimpik Tokyo 2020 terutama dalam acara 10 meter wanita individu dan seirama.
"Mereka (atlet) sudah cuba yang terbaik dan sudah melakukan persiapan rapi menjelang temasya itu.
"Kami akan melakukan 'post mortem' dan mungkin antara sebab adalah mereka sudah lama tidak menyertai kejohanan peringkat antarabangsa seterusnya mengganggu rentak untuk beraksi cemerlang," katanya ketika dihubungi Arena Metro.
Mengikut rekod, pada edisi Olimpik Rio 2016, skuad terjun negara menghadiahkan satu pingat perak menerusi acara terjun platform 10 (m) seirama wanita membabitkan pasangan Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong.
Namun, nasib berbeza di Olimpik Tokyo 2020 apabila skuad terjun negara gagal menghadiahkan pingat, sekali gus pulang dengan tangan kosong.
Sementara itu, Mae Chen berkata, prestasi dipamerkan atlet terjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri yang menduduki tempat keempat acara 3 m papan anjal wanita individu cukup mengejutkan, sekali gus mampu menyinar pada kejohanan akan datang.
"Dhabitah tampil di Olimpik Tokyo 2020 tanpa diletakkan harapan, namun dia membuktikan keupayaan untuk bersaing dengan penerjun elit lain dan menduduki tempat keempat.
"Situasi terbabit menunjukkan, kita perlu memberi peluang kepada penerjun muda lain yang mungkin menyerlah di peringkat antarabangsa," katanya.
sumber : Hmetro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PENERJUN negara, Pandelela Rinong ketika beraksi di final 10m platform wanita individu di Olimpik Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo, Khamis lalu. FOTO Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Cari lah yang muda2 ramai lagi. Yang dah berumur ni faham2 je lah mana nak larat.
Bukan tak bersungguh tapi tak terdaya dah.
Apa pun tahniah dan terima kasih atas kesungguhan, disiplin dan sumbangan mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ikut contoh china muda2 lg dah hantar ke paertandingan peringkat dunia mcm olimpik malah boleh menang emas lg... |
|
|
|
|
|
|
|
Yg kuat maki serang ig Twitter tu pi hantaq masuk squad ni
Dpd tergedik2 tik tok mengabihkan beras mak bpk
|
|
|
|
|
|
|
| |
|